BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempen Jom Kita Daftar Undi

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
image.jpg


Berita gembira buat mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi kerana mereka berpeluang memenangi cabutan bertuah tiket penerbangan AirAsia menerusi kempen Jom Kita Daftar Undi.

Pengundi yang mendaftar sepanjang kempen boleh menyertai peraduan ini di laman web rasmi kempen Jom Kita Daftar Undi yang kini sudah mula beroperasi.

Para pendaftar baru hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah untuk menyertai peraduan ini. Daftar sebagai pengundi baru di lokasi jelajah Jom Kita Daftar Undi, pejabat pos atau ejen pendaftar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendapatkan slip pengesahan pendaftar baru.

Seterusnya, mereka perlu melayari laman web Jom Kita Daftar Undi di www.jomkitadaftarundi.my dan mengisi borang penyertaan secara dalam talian.

Kempen Jom Kita Daftar Undi dilancarkan pada 3 Mac lalu ketika Karnival Karangkraf 2017.

image.jpg


Ianya merupakan antara inisiatif SPR untuk menggalakkan pendaftaran pengundi baru yang turut mendapat sokongan AirAsia selaku penaja tiket penerbangan manakala Sinar Harian dan Astro berperanan sebagai rakan media.

Pengurus Integrated Marketing Communications, Kumpulan Karangkraf, Rozalina Mohamed berkata, tujuan utama laman web ini dibuat adalah sebagai nilai tambah kepada kempen Jom Kita Daftar Undi.

Selain itu, ianya turut memberi peluang kepada pendaftar pengundi baru yang tidak dapat hadir ke mana-mana lokasi jelajah untuk turut menyertai peraduan yang dijalankan.

Tambah beliau lagi, orang ramai juga dapat melihat, membaca berita, melihat galeri gambar dan menonton video yang dimuat naik oleh Sinar TV sepanjang kempen berlangsung.

“Laman web ini boleh dilayari sama ada melalui komputer mahupun telefon pintar. Ia memudahkan orang ramai mengetahui perkembangan terkini kempen” tambah beliau lagi.

Sebanyak 1,100 tiket penerbangan ditawarkan termasuk Australia, Jepun dan Hong Kong. Hadiah utama pula merupakan 10 tiket penerbangan ke Honolulu, Hawaii. Maklumat lanjut kempen Jom Kita Daftar Undi boleh dilayari di laman web www.jomkitadaftarundi.my.
 
Lambat lagi mengundi ni...tahun 2018 nnti.
Dan satu lagi golongan muda tak minat untuk mengundi sbb leceh undi cara lama.
Jika boleh undi online kan bagus.
 
selepas PRU13..
aku tengok kt tempat aku.. selangor.. DAP & PKR paling aktif daftar mengundi..
DAP & PKR paling rajin cari ahli baru..
berbanding UMNO PAS MCA MIC.. semua tu nampak musim2 tertentu je..
 
Lambat lagi mengundi ni...tahun 2018 nnti.
Dan satu lagi golongan muda tak minat untuk mengundi sbb leceh undi cara lama.
Jika boleh undi online kan bagus.

undi online nanti web down kena ddos attack:))
 
Lambat lagi mengundi ni...tahun 2018 nnti.
Dan satu lagi golongan muda tak minat untuk mengundi sbb leceh undi cara lama.
Jika boleh undi online kan bagus.

gerenti akan ada multiple vote punya.. org kita pandai carik loophole dlm sistem.. :D
 
jom daftar... jalankan tanggungjawab anda...
 
Back
Top
Log in Register