BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kempen 'Do Not Donate Here' tidak wajar

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,238
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,238
Reaction score
99
Points
40
1640316489271.png


SEPANG: Kempen seperti 'Do Not Donate Here', yang mengajak orang ramai supaya tidak menderma kepada tabung bencana kelolaan kerajaan, adalah tidak wajar dalam keadaan negara dilanda bencana sekarang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina berkata keutamaan sekarang adalah mangsa bencana serta beliau memberi jaminan sumbangan yang diterima tabung bencana kerajaan akan disalurkan kepada kumpulan sasar.

"Apa yang kita laksanakan (tabung bencana), donation (sumbangan) yang kita dapat kita sumbang balik kepada rakyat," katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kota Warisan di sini semalam.

"Dalam keadaan sekarang tidak perlu ada 'hashtag' (tanda pagar) sebegitu. Tak kira sesiapa pun, sesiapa boleh membantu asalkan matlamat tercapai dan penerima bantuan dapat manfaat, itu yang penting," kata Rina.

24rin_1640313085.jpg
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun bertanyakan khabar kepada mangsa banjir ketika menziarah mangsa-mangsa banjir Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kota Warisan , Dengkil. - Foto BERNAMA


Dalam perkembangan lain, Rina yang dikecam kerana dirakamkan memakai kasut bertumit tinggi semasa membuat lawatan ke PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Jalan Klang Lama, Ahad lepas, berkata penampilan beliau sepatutnya tidak perlu dijadikan isu.

Pada hari kejadian, katanya beliau sedang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Keempat BERSATU di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, dan bergegas keluar dari situ sejurus tamat ucapan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Semasa dalam perhimpunan, saya terima banyak mesej mengenai kawasan-kawasan terbabit banjir dan saya kira perlu saya turun untuk lihat keadaan. Masa itu saya hanya sempat tukar baju kurung kepada seluar dan baju, saya tidak sempat tukar kasut dalam keadaan kelam-kabut.

"Apa yang penting keberadaan saya di tempat tersebut untuk melihat kebajikan mereka terjaga dan apa lagi keperluan mereka yang boleh saya bantu," katanya. – BERNAMA

 
Dah lah cukainpun bayar. Nak minta derma lagi. Apekestupid
 
dengar kata ahli penduduk yang ambil sumbangan pon ada simpan duit utk diri sendiri/ simpan barang2 keperluan dan tidak edarkan.. bukan ahli politik je.. rakyat pun ada ambil kesempatan atas kebaikan rakyat lain..

ada member bagi sumbangan kat org tengah .. bila sampai ke mangsa ada sticker muke orang politik.. senang buat kerja.. keluar modal sticker.. pastu dapat nama... mmg menjawab la kat akhirat nnt... semua nk nama....
 
Takyah derma
Tgk2 ustad2 ustazah2 pun derma doa aje

Derma duit kita bg ler org duta2 khas menteri2 & dragon2 yg buat, depa gaji besau

kita doakan pun da ok daaa
 
Back
Top
Log in Register