BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemis?

Cuma RM2... Adakah anda tak berkira utk sedekahkan kepada pengemis jalanan?


  • Total voters
    0

ipp

Active+ Member
Messages
4,916
Joined
Jan 28, 2010
Messages
4,916
Reaction score
60
Points
30
Aku jarang pergi bazar Ramadan. Leceh la...
Tapi tadi aku pergi jugak. Cuma utk beli nasi kerabu.

Lalu terlihatlah oleh kedua bola mataku akan seorang pengemis yg kudung sebelah kaki sedang menggoncang2 cawannya merayu simpati para pengunjung bazar.
Ada yg bermurah hati menghulur sedikit wang. Ramai yg buat2 tak perasan...

Aku pulak... Konfius apa patut buat.

Aku rasa pernah dengar saranan kerajaan supaya tidak menderma kepada pengemis jalanan macam tu.
Alasannya, kegiatan mereka bukanlah suatu yg baik dan harus diberi sokongan.
Tambahan pula, kebanyakannya bukan mengemis sebab tak mampu cari makan dgn cara lain, tetapi sebaliknya saja malas dan saja2 memperguna sifat belas kasihan yg menebal dlm jiwa masyarakat kita.
Kalau pun ada anggota masyarakat yg benar2 memerlukan bantuan utk kelangsungan hidup, kerajaan akan bantu melalui jabatan2 yg berkaitan.
Melihatkan kes itu, tak payah la sedekah kat pengemis macam tu.

Di sebaliknya pula, kita bukan tahu pun apa yg dilalui oleh sang pengemis.
Entah2 dia memang sangat memerlukan.
Dan nilai rm1 yg kita masukkan dlm mangkuk dia tu amat perlu utk menyabung nyawanya.
Kita tak tau entahkan dia pernah minta bantuan jabatan kebajikan tapi disebabkan kerenah birokrasi yg rumit, dia putus asa.
Mana la kita tau semua tu...

Kalaulah kita hulurkan rm1, adakah kita akan jadi kelaparan sebab duit dlm wallet dah kurang rm1?
Malah kalau hulur rm50 pun kita masih akan dapat makan macam biasa.
Senang kata, sedekah kecik yg kita berikan takkan membawa musibah yg besar dlm hidup kita.
Kalaulah dia bukan org yg sangat terdesak hingga sanggup mengemis, dan kita dah tersedekah pada org yg tak betul2 memerlukan tu, kita tetap juga tak rugi bersedekah.
Mana ada org jatuh bankrap sebab banyak bersedekah.
Biarpun si pengemis tu agak mencurigakan.
Macam yg aku jumpa tu, kaki sebelah kudung.
Aku rasa, dia boleh berjalan kalau guna tongkat.
Apa kejadahnya pulak nak mengesot2 atas jalan?
Saja nak menimbulkan kesan dramatik ke?

Kita tak tau pasal pengemis tu. Sama ada dia memang memerlukan, atau tipu helah semata2.
Dan bagi aku kita tak perlu tahu, tak perlu pikir, tak perlu diam2 follow dia balik rumah sebab nak tengok rumah dia macamana.
Kut2 la ada kereta dua tiga bijik...

Lebih baik kita tumpukan pada aspek yg kita tahu, iaitu diri kita sendiri.
Macam yg aku dah tulis kat atas, kita takkan jadi miskin walau kita derma rm200 sekalipun.
Rm200 tu mungkin cuma beberapa persen kecil drpd harta kekayaan yg kita miliki.
Kalau rm2? Lagi la celah gigi punya celah gigi punya celah...

Pun begitu, masih ada dan masih ramai yg pikir panjang nak hulur kat pengemis jalanan macam ni. Contohnya aku,. :p

Kita tau bulan yg mulia ni molek bersedekah. Kita patut ambik kesempatan.
Tapi mungkin juga pihak pengemis tu pun ambik kesempatan bulan mulia ni...

Ringkasnya, apakah yg kita kirakan sebelum nak seluk poket utk keluarkan barang seringgit dua utk pengemis jalanan tersebut?
Adakah kelayakan dan keperluan pengemis itu utk meminta sedekah atas kesukaran hidup beliau, atau
ketak-rugian kita Kalau keluarkan setakat seringgit dua walaupun pengemis tu sebenarnya tak layak utk menerima sedekah?

Dan satu lagi, kata dasar utk pengemis ni kemis ke? Macam tak pernah dengar je...
 
kerja kilang pon dpt rm 3 sjem...pengemis rileks aje Rm 20 sejam...
 
Aku dah letak poll tu..
Selamat mengundi.
Undian anda sulit... :D
 
kesian mmg kesian

tengok jugak camna nak kesian tu
 
Takut2 kalau dibagi muka sangat, makin menjadi2 pulak...
 
nk derma elokla seikhlas hati,jika ragu2 elok jgn derma sbb nnt kite bersangka buruk pd pengemis tu..

kadang2 lak mmg pengemis ni mmg perlukan duit utk hidup,kite x tahu ape yg dye lalui dan terpaksa lalui sbb takdir kite x sama dgn takdir pengemis..

x dinafikan mmg ada ugak pengemis yg menipu dan digunakan oleh pihak yg x bertanggungjawab utk kaut untung,kite perlu bijak menilai keadaan..

setelah ikhlas kite bg derma,selebihnya serahkan aje pd Allah..
 
Kalau hati kecik kata kesian tgk org tu..aku sedekah.
Kalau hati kecik xde feel apa2, wa jalan terus.
 
Back
Top
Log in Register