BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kementerian Pengangkutan Sahkan Kapal Malaysia Lalui Selat Hormuz Tanpa Caj Tol

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
cf6e526cd21278570748a70f636d43cd69c9e6861efa0

--REUTERS

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan bahawa kapal Malaysia yang melalui Selat Hormuz ketika konflik di Asia Barat, tidak akan dikenakan sebarang caj tol.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya, pagi tadi.

"Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi telah memaklumkan perkara ini kerana Malaysia dianggap sebagai negara sahabat dengan hubungan diplomatik yang kukuh, dan tiada caj tol dikenakan terhadap kapal Malaysia.

"Perdana Menteri juga berkongsikan perkara ini dalam mesyuarat MTEN," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian cek cura kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chan Hwa di sini, hari ini.

Berhubung kesan konflik Asia Barat terhadap sektor penerbangan domestik, Loke berkata setakat ini, tiada cabaran besar selain kenaikan kos bahan api, namun kementerian mengadakan libat urus secara berkala dengan pemain industri untuk memastikan keadaan terus terkawal.

"Beberapa syarikat penerbangan memberitahu kerajaan bahawa mereka mungkin akan merasionalisasikan operasi termasuk menggabungkan penerbangan bagi meningkatkan kecekapan. Jika faktor muatan rendah, mungkin beberapa penerbangan di laluan tertentu dikurangkan," katanya sambil menambah langkah itu bersifat sementara berikutan kos bahan api yang amat tinggi pada masa ini.

Berkenaan sektor perkapalan, Loke berkata kerajaan dan pihak berkepentingan sedang berbincang untuk memperkenalkan mekanisme surcaj yang lebih bersusun dan seragam bagi memastikan penetapan harga yang adil dan mampan.

Beliau berkata Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) juga telah membentangkan pandangan mereka kepada mesyuarat MTEN, termasuk gesaan untuk pengurusan dan tadbir urus surcaj yang lebih baik.

Sementara itu, Loke berkata tiada projek di bawah kementerian akan dihentikan, namun keutamaan mungkin diselaraskan, sejajar dengan arahan Perdana Menteri untuk memastikan projek yang memberikan manfaat terbesar kepada rakyat dan ekonomi perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

 
Back
Top
Log in Register