BTC USD 83,672.5 Gold USD 4,190.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kembara kembali

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image%2B(1).jpg

SELEPAS hampir 30 tahun membawa haluan masing-masing, kumpulan Kembara kini bersatu dan kembali memeriahkan industri seni muzik tanah air apabila mengambil keputusan untuk mengadakan Konsert Hati Emas Kembara yang dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 hingga 23 November depan.

Tidak hanya mengadakan konsert semata-mata, kumpulan yang terkenal sekitar tahun 1980-an itu juga kini dalam proses menghasilkan album terbaru mereka.

Vokalis utamanya, Datuk M Nasir memberitahu, kali terakhir album Kembara dihasilkan adalah kira-kira 28 tahun lalu iaitu Kembara Seniman Jalanan.

"Selepas hampir 30 tahun sepi tanpa album, kami akhirnya bersatu dan bagi mengubati kerinduan peminat, kami kini sedang dalam proses menghasilkan album baru.

"Album itu bakal memuatkan lagu-lagu baru selain turut merakamkan semula sekali gus memberi nafas baru kepada lagu-lagu hit Kembara seperti Hati Emas, Perhentian Puduraya, Impian Seorang Nelayan dan Gerhana," katanya.

Tambahnya lagi, album baru itu masih lagi mengekalkan identiti Kembara yang membawa aliran muzik kerakyatan atau folk.

"Album itu tetap mengekalkan konsep Kembara yang sarat dengan lirik puitis dan gabungan vokal harmoni tetapi cita rasanya diubahsuai agar lebih segar sesuai dengan peredaran zaman kini.

"Insya-ALLAH, ia bakal memuatkan 10 lagu dan akan dipasarkan sebelum konsert berlangsung," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Konsert Hati Emas Kembara, M.Nasir memberitahu, ia diadakan bertujuan mengubati kerinduan peminat terhadap Kembara.

Selain itu, M Nasir turut menyifatkan konsert ini sebagai ‘reunion’ buat Kembara kerana ia akan menggabungkan anggota asal dan baru.

"Alhamdulillah. Konsert ini akhirnya dapat dilaksanakan dengan semua penglibatan anggota asal dan baru Kembara.

"Kami melakukan ini khas buat semua peminat yang masih meminati dan merindui kami.

"Insya-ALLAH, konsert itu akan menjadi antara yang terbaik daripada kami dalam memberi peluang kepada peminat mengimbau kenangan dan nostalgia.

"Selain itu, ia juga membuka peluang kepada generasi baru untuk mengenali kami," katanya.

Jelasnya lagi, konsert itu juga adalah rentetan daripada kejayaan Konsert Ekspres Rakyat yang diadakan di Esplanade Singapura, tahun lalu.

"Konsert di Singapura dianggap sebagai proses ‘test market’ dan melihat kejayaan acara itu kami yakin ia akan mendapat sambutan hebat daripada peminat di sini," katanya.

Konsert Hati Emas Kembara diterbitkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad.

Selain konsert dan album baru, Kembara juga akan melancarkan buku biografi tentang sejarah dan perjalanan kumpulan itu untuk rujukan generasi akan datang.

Selain M.Nasir, Kembara pada asalnya dianggotai dua sahabatnya, A.Ali dan S.Sahlan seterusnya menghasilkan tiga album.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh dua sahabatnya itu kemudiannya diteruskan dengan Zoul, Cheman, Md Shah dan Shahrom sehingga melahirkan empat album lagi.

http://www.cari.gold/2014/09/kembara-kembali.html
 
Back
Top
Log in Register