BTC USD 85,175.8 Gold USD 4,138.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kembalinya Sarah....

shane

Legendary Member
gem
Messages
14,063
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,063
Reaction score
247
Points
133
Kembalinya Sarah...

http://www.youtube.com/watch?v=PVZqevWq9TI

Ini kisah benar yg di alami Pendakwah Islam dari Mesir, Amr Khalid. Dia menerima email dari seorang gadis di Australia, yang berbunyi :

Saya seorang gadis Lebanon dari seorang bapa yang Muslim dan ibu yang Christian. Pada 10 tahun pertama saya, kami tinggal di Lebanon, kemudian berhijrah ke Australia, yang langsung memutuskan hubungan saya dengan Timur Tengah. Saya berumur 22 tahun sekarang dan selepas berhijrah ke Australia, hubungan dan kaitan dengan agama saya juga terputus sama sekali. Saya hanya tahu yang saya seorang muslimah, itu saja. Saya tidak tahu bagaimana rupa AlQuran, saya tidak tahu cara solat, dan agama tiada peranan dalam hidup saya.

Ibubapa saya kemudian berpisah dan masing2 berkahwin semula dengan orang lain. Saya masuk universiti dan ibubapa saya tinggalkan Australia dan saya, tanpa ahli keluarga atau adikberadik. Saya tidak tahu apa2 tentang saudaramara di Lebanon, saya terpaksa bekerja untuk menyara hidup, ke universiti di waktu pagi dan bekerja di bar di waktu malam, saya mempunyai “boyfriend” dan tidak meninggalkan perkara haram, melakukan tanpa ada rasa bersalah atau malu.

Saya “fully westernized”, tahu sedikit bahasa Arab, dan kerana kecantikan saya, saya sertai pertandingan ratucantik di New Zealand dan menang. Saya bercadang menyertai pertandingan yg lebih besar di New Zealand dan sekarang juga menjadi model di majalah2.

Kini saya kerap melawat satu keluarga Lebanon yang tinggal di Australia dan saya terlihat satu episod Ramadan di TV tentang tatasusila/moral wanita dalam Islam yang turut memaparkan laman web. Seluruh saraf/anggota saya lemah seperti episod itu memang ditujukan terus kepada saya.

Saya menulis email ini untuk bertanya, apakah mungkin Allah masih boleh menerima saya, dalam lain perkataan mengampunkan saya?


email Sara berhenti di sini. Subhanallah! Senipis mana iman pun, ruh seseorang insan tetap dahagakan Pencipta nya, sepertimana perut mengharapkan makanan, begitulah ruh mengharap kepada Allah. Pendakwah ini membalas email Sara, memaklumkan syarat2 taubat dan yang Allah tentu menerima dan mengampunkan nya jika dia benar2 bertaubat.

Dua hari kemudian Sara menghubungi Amr Khalid menyatakan : Saya telah bertaubat kepada Allah, tinggalkan “boyfriend” & berjanji takkan berjumpanya lagi.

Selepas dua hari lagi pula Sara berhubung lagi menyatakan : Saya nak belajar solat

Dua hari lagi berlalu, Sara menyatakan : saya mahu beberapa rakaman odio bacaan AlQuran, lalu Amr Khalid menghantarnya melalui DHL Kurier.

Seminggu berlalu tanpa email dari Sara, kemudian Sara umumkan dia telah menyerahkan gelaran ratucantik bagi bandaraya tersebut. Kemudian yang mengejutkan, Sara beritahu dia sekarang memakai hijab. Tetapi kisahnya tidak tamat di situ.


Dua hari selepas mula memakai hijab, Sara mengalami kesakitan yg menyucuk2, jadi Sara berjumpa doktor yg mengesahkan dia menghidapi barah otak dan kehidupan yang singkat. Sara masuk hospital untuk di bedah, yang mana peratus kejayaan hanya 20% seperti di beritahu doktor2 Australia. Bagi Sara, apa yg di kata, dia kata : Saya rasa gembira akan bertemu Allah, Saya gembira sebab sempat bertaubat sebelum dapat tahu tentang barah yg di hidapi. Saya tak tahu samada ibu & ayah saya tahu tentang situasi saya, kalau saya selamat selepas pembedahan ini, saya akan sokong laman web ini sebab bagi saya laman web ni telah membuka pintu kepada Islam.

Kita kepunyaan Allah, dan kepada Nya lah kita kembali.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Ruhnya, Sara meninggal pada umur 22 tahun dan di kebumikan di perkuburan Islam di New Zealand. Sebelum meninggal, satu utusan pendek di kirimkan Sara kepada Amr Khalid berbunyi : Saya hidup menjauhi Tuhan selama 22 tahun dan kembali kepada Allah 3 minggu lalu, Saya tak mengenali ramai Muslim kecuali tuan & forum internet ini, Saya harap tuan mendoakan saya semoga Allah mengasihani saya & mengampunkan saya, juga berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada ibu saya sebab dia tak mengetahui apa2 tentang saya. Signed Sarah


Lecturer: Billal Danoun
 
Last edited:
Ni youtube kisah lama, tapi masa tengah pening2 ni, aku sempat translate (lebihkurang je) ke BM, semoga sama2 beroleh manafaat....
 
alhamdulillah sempat dia kembali bertaubat pada Allah!
 
Allah memberikan hidayahnye kepada sesiapa Dia kehendaki...
semoga aku dan rakan-rakan tidak putus dari rahmat dari hidayah Allah swt..ameen
 
moga kita pun dapat menjadi sepertinya..insyaallah..:)
 
Back
Top
Log in Register