BTC USD 85,854.3 Gold USD 4,346.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kembali Kepada ALLAH SWT

TK oh TK

Beliau adalah anak didikan seorang panembahan tua yang amat sasa pada firasahnya dan berkembang tanpa undur pemusatan fikiran dan pandangan matanya yang mulia, 'Semua dari yang satu' dan 'yang satu datang dari semua'.

Beliau merupakan salah seorang ahli dan peserta perintis jalan menghubungkan kerohanian yang hidupnya penuh kontroversi dan membingungkan. Melalui jalan mujahadah yang teramat sukar dan memeritkan. Roma, Kulit, Darah dan Daging adalah penyerahan diri terantah berantah sehingga tiada sesuatu yang hendak ditaayinkan.

Alam Tanpa Taayin dan Alam Insan adalah dua titik berbeza , dari sana Dia tiada bermula dan hingga ke sana Dia tiada berakhir dan tiada pula berulang ulang, yang ada hanyalah Kun Fayakun Yang Dipenuhi Siri Siri Misteri.

Diri yang mencari.... terhenti pada si pencari.
Diri yang memerhati... terhenti pada sipemerhati,
diri yang mendengar.. terhenti pada sipendengar.

Sampaikanlah kebenaran walaupun rasanya amat pahit seperti jadam, ketahuilah bahawasanya sakit orang yang mati syahid itu tidak lebih seperti seseorang kamu menelan obat yang pahit untuk kesembuhan dari penyakitnya.. SUMBER ASAL

Wallahul muafiq wallahu a'lam bissowab
 
Last edited:
Sebentar nanti akan masuknya waktu Qailulah bagi kawasan2 yang sama waktu dengannya...

"Waktu Qailulah ini sekitar jam 11.45am sehingga jam 12.15pm pada anggaran saya.

Di dalam minit minit tertentu dari dua masa ini akan berlaku beberapa pergerakan ganjil dan jarang diketahui oleh ilmu sains moden yang diistilahkan sebagai 'gerakan lenggang istimewa otak manusia' apabila tepat pada minit dan saatnya matahari berada 90 darjah di atas kepala.

Waktu ini, terutama pengamal kerohanian termasuk pengamal perubatan digalakkan berehat dengan menidurkan diri walaupun hanya sebentar supaya pergerakan lenggang sepasang otak manusia itu tidak berlaku sewaktu manusia sedang aktif.

Penulis sengaja membukakan sekelumit rahsianya kepada semua pembaca agar diketahui hikmah yang terkandung di dalam fadhilat disunatkan tidur sebelum waktu zohor.

Selain berguna untuk bekal qiyamullail ia berguna untuk mengembalikan kekuatan dan kesegaran tubuh serta tekanan dalaman yang di alami oleh otak manusia yang sentiasa mengalami stress berpanjangan.

Jadi sesiapa yang ingin berqiyamullail di malam hari hendaklah merehatkan tubuh dan otak kita di siang harinya tepat pada waktu 'qailulah' ini. "
SUMBER ASAL

Wallahul muafiq wallahu a'lam bissowab
 
Last edited:
AKU kongsikan PETIKAN BICARA ILMU oleh TK untuk dijadikan pengajaran buat kita mengabdi diri hanya kepada ILAHI

“apa yang dipaparkan ini juga adalah ini dalam kategori sir tetapi berdarjat mubtadi' yang masih boleh ditunjukkan kepada awam supaya diri awam menyedari keadaan diri yang berdiri selama ini adalah terdiri dari
tubuh roh yang seni di kanan dan
tubuh syaitan nafsu yang juga seni di kiri.

Masing masing menempati kedudukan di akal dan di hati.

Itulah HATI yang disebut singgahsana iblis.

DIRI ORANG YANG BERNAFSU AMMARAH DILINGKUNGI CAHAYA GELOMBANG MERAH DAN BERTITIK HITAM DISEKALIAN TUBUHNYA.

MANUSIA SEPERTI INI ADALAH TERGOLONG DARI KALANGAN YANG SENTIASA SYIRIK DAN SENTIASA MELAKUKAN DOSA BESAR TANPA RASA TAKUT KEPADA ALLAH MALAH BANGGA DENGAN MENCERITAKANNYA KEPADA ORANG LAIN.

MINUM ARAK , BERJUDI, MEMBUNUH DAN BERZINA DENGAN GADIS SEKIAN LALU DICERITA CERITAKAN KEPADA SESEORANG.

CAHAYANYA MERAH SEPERTI BUNGA API MEMERCIK DARI DIRI YANG DISANGKA KEBAIKAN DAN KEHEBATAN RUPANYA CAHAYA SYAITAN.

DIRI ROHANIAH MEWAKILI AKAL FIKIRAN YANG BERSIFAT MALAIKAT,
MANAKALA NAFSU MEWAKILI HATI SANUBARI YANG BERSIFAT SYAITANI.

MAKA PERTEMPURAN DALAMAN BERLAKU DENGAN KATA KATA MENGAJAK DAN MELARANG MELAKUKAN SESUATU SEHINGGA KITA AMAT BINGUNG UNTUK MEMBEZAKAN YANG MANA AKAL DAN YANG MANA NAFSU.

SESETENGAHNYA PULA HAMPIR PASTI PERBUATAN ITU ADALAH AJAKAN NAFSU TETAPI DILANGGAR JUGA..

DAN ADA YANG PASTI ITU ADALAH AJAKAN AKAL TETAPI TIDAK DIENDAHKAN..

YANG SEBENARNYA KITA INI TIDAK MAMPU MENGENAL DI ANTARA KEDUANYA

KECUALI DENGAN RAHMAT ALLAH KITA MENDAPAT PETUNJUK YANG TELAH DIJANJIKAN.”
SUMBER ASAL

Bagaimana caranya untuk kita mendapat rahmat dan petunjuk ALLAH SWT?

wallahul muafiq wallahu a'lam bissowab
 
Bersama perhalusi maksud FIRMAN ALLAH SWT

Surah al Baqarah:155-157

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".


Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.


MAHA BENAR ALLAH MAHA AGUNG
 
Last edited:
KUASA KEKUATAN ORANG YANG SABAR

Surah Al-Anfaal ayat: 65-66

Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu'min untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada di antaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika di antaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.


MAHA BENAR ALLAH MAHA AGUNG

APAKAH SABAR ITU SEMUDAH SANGKAAN?

"Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun"
 
Petikan Bicarawara TK

JIHAD DIRI

Jihad itu adalah bersungguh-sungguh maknanya, bercantum perkataan selepasnya diri, maka membawa maksud dalam istilah kerohanian bersungguh-sungguh (mujahadah) melawan hawa nafsu.

Rasulullah bersabda dalam mafhumnya: “Kita baharu saja kembali dari perperangan kecil dan menuju ke peperangan yang besar…Sahabat bertanya: “Apa perperangan kecil dan besar itu Ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: “peperangan kecil itu ialah peperangan yang baru sahaja kita hadapi tadi manakala peperangan yang besar pula ialah peperangan (jihad) melawan hawa nafsu

…maka kita ini disuruh untuk sentiasa bemujahadah melawan nafsu.

Nafsu dijadikan adalah untuk dibimbing dan di ‘kuda’kan ..

bukannya diri dikudakan oleh nafsu syahwat dan gerak hati yang sesat.

Bermujahadah itu adalah bersungguh-sungguh dalam berbuat sesuatu dengan menyerapkan sepenuh tenaga dan kudrat yang ada, iaitu kederat zahir dan batin.

Sehingga mengalir air mata darah sekalipun, si salik akan tetap berpegang teguh dengan pimpinan gurunya.

Dengan kesungguhan jiwa rohaniah yang terpimpin maka akan membuka segala rahsia keajaiban yang tiada tolok bandingannya.

Jihad diri melawan nafsu ini bertujuan melekangkan segala pakaian diri yang berat-berat itu agar dapat terbang menuju ke hadrat ilahi…
SUMBER ASAL


Wallahul muafiq wallahu a'lam bissowab
 
sambungan petikan bicarawara TK

Di alam kerohanian nafsu amarah adalah keadaan maqam yang paling terendah sekali.

Susunan nafsu menaik bermula dari nafsu amarah,lawwamah, mulhimah, mutmainnah, radiah , mardhiah, kamil dan kamil mukammil.

Nafsu amarah sangat mudah didapati di dalam diri manusia.

Dan itu adalah ‘check point’ pertama yang harus dilepasi bagi setiap pemburu ketuhanan atau disebut salik.

Antara ciri-ciri nafsu amarah ini adalah cepat marah, naik angin, bengang, naik minyak, keras kepala dan sewaktu dengannya.

Ditambah pula dengan ‘Ego’ yang kebal dan mendarah daging dalam sarung tubuh.

Keakuan diri membawa padah yang tidak terhingga bilamana ingin bertemu Tuhannya.

Kedua sifat ini membawa kecelakaan serta kebinasaan total setiap mereka yang ingin mengharapkan rahmat Tuhannya apatah lagi senyumannya.

Pernah Rasulullah bersabda: “jangan kamu marah sebanyak 3 kali. Kenapa agaknya wahai sidang pembaca?

..,tentulah orang yang kuat marah akan mudah dirasuk syaitan lalu dia akan terjerumus kepada refleksi berperangai syaitan..

akibatnya..menuduh tidak tentu fasal, bergaduh sebelum tahu duduk perkara sebenar, menghukum seseorang tanpa siasat ke akar umbi….

kenapa manusia suka marah?
Siapa marah bertuhankan syaitan..

kerana mereka ingin mempertahankan sesuatu, sama ada pendapat, pemilikan, ingkar atau patuh arahan, pencabulan kepada kepunyaan kita yang di cabar atau apa sahaja yang membuat kita ‘panas’.
SUMBER ASAL
 
AKU SANGKA DIRI TAK SERUPA BIKIN?

PATUTKAH KAMU
MENYURUH MANUSIA
SUPAYA BERBUAT KEBAIKAN
SEDANG KAMU LUPA
AKAN DIRI KAMU SENDIRI;
PADAHAL KAMU SEMUA
MEMBACA KITAB ALLAH,
TIDAKKAH KAMU BERAQAL?.

(Surah al-Baqarah ayat 44)

MAHA BENAR ALLAH MAHA AGUNG
 
Mudahan dapat di ambil pengajaran...

Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn mas’ud berkata :
Terjemahan : Suatu ketika aku berjalan bersama nabi di Madinah. Baginda bertongkatkan daripada pelepah tamar. Ketika melintasi sekumpulan orang Yahudi, salah seorang daripada mereka berkata ; ”Cubalah kamu tanya sesuatu kepadanya (nabi). Lalu mereka bertanya, ”Ceritakan kepada kami tentang roh. Nabi berdiri dan diam sejenak dan mengangkat kepala. Aku tahu waktu itu wahyu sedang turun kepada baginda, hinggalah selesai penurunan wahyu.

Selepas itu baginda bersabda: Sebagaimana firman Allah :
Yang bermaksud : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang roh. Katakanlah ”Roh itu dari perkara urusan tuhanku...”
(Surah al Isra’ ayat 85)


Maka di suatu hari, bertanyalah si murid kepada gurunya, memohon pencjelasan akan hal ROH ISLAM
Berkata si guru kepada muridnya,
roh org islam terbahagi lagi..jadi roh mukmin..jadi roh kafir murtad...jadi roh munafiq.
roh mukmin matanya terbuka dan meneruskan perjalanan ke alamnya tersendiri yang ada lokasinya di alam barzakh itu sendiri.
roh kafir dan munafiq tersesat dan buta..tak nampak apa apa..

bertanya lagi si murid kepada gurunya, adakah wujud jasad muslim tetapi rohnya kafir/munafiq?
Gurunya menjawab, sangat ramai..kalau dilihat auranya..gelombang tubuhnya..
perilakunya..menggambarkan hati sanubarinya..

Moralnya, ayuh muhasabah diri,
apakah AKU TELAH MASUK ISLAM SELURUHNYA?
JASMANI & ROHANI?

Wallahul muafiq wallahu a'lam bissowab
 
terima kasih atas perkongsian ni.... :)
 
Back
Top
Log in Register