BTC USD 84,729.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Games) Kemaskini Maklumat PlayStation 5 (PS5)

Pizza Hut Melancarkan Pemanas Piza Yang Menggunakan PlayStation 5

PlayStation 5 adalah konsol permainan generasi baharu Sony yang cukup berkuasa. Ia boleh menjalankan pelbagai permainan video dengan grafik yang berkualiti serta dengan prestasi yang konsisten. Satu masalah yang terkenal dengan kebanyakan konsol termasuk PS5 adalah pemanasan dan terbaru, Pizza Hut telah mengambil kesempatan ke atasnya. Pizza Hut telah melancarkan pemanas piza PIZZAWRMR yang menggunakan PS5. Pemanas piza ini hanyalah satu rekaan sahaja yang pengguna perlu cetak sendiri menggunakan fail STL yang disediakan secara rasmi. Ideanya adalah, sambil bermain permainan video – piza dapat dipanaskan. Rekaan pemanas ini boleh memuatkan piza said sederhana dan makanan lain yang bersaiz kecil.

Pizza-Hut-PIZZAWRMR-PS5-01.jpeg.webp

PIZZAWRMR dipasang pada konsol dan bahagian kekisi untuk aliran udara panas diperangkap untuk dialihkan kepada piza. Pizza Hut turut mengeluarkan peringatan kepada pengguna untuk menggunakan bahan cetakan 3D yang mesra dengan makanan kerana kebanyakannya mengandungi bahan kimia berbahaya. Kemudian selepas cetakan selesai, pengguna juga digalakkan untuk menggunakan foil aluminium sebagai alas.

Pizza-Hut-PIZZAWRMR-PS5-02.webp


Fail cetakan 3D ini disediakan secara percuma dan boleh diakses oleh semua orang tidak kira dari mana. Cuma, untuk mendapatkannya anda perlu memberi nama, alamat emel dan negara asal.
​
​

 
Tema Klasik PS1, PS2, PS3 & PS4 Kini Boleh Di Gunakan Di PlayStation 5

Selamat ulang tahun ke-30 kami ucapkan kepada Sony PlayStation.Konsol yang bermula daripada kegagalan usahasama Sony dan Nintendo kini sudah berusia tiga abad dengan jualan keluarga PlayStation sudah melangkaui 700 juta unit. Sempena sambutan ulang tahun ini, Sony memberikan tema klasik pada siri konsol PlayStation 5 lewat malam tadi.
​
​


Pemilik diberikan pilihan tema antaramuka dan audio sistem daripada konsol PlayStation, PlayStation 2, PlayStaion 3 dan PlayStation 4. Animasi serta but naik PS5 juga diubah kepada animasi but PlayStation asal yang cukup ikonik. Anda hanya harus mengemaskini ke versi terkini dan sejurus selepas memasuki muka hadapan, anda akan menerima notifikasi untuk mencuba tema-tema klasik ini.

SOny-PlayStation-5-theme-950x535.jpg.webp


Malang sekali Sony mengatakan ciri ini hanya akan diberikan untuk tempoh yang terhad sahaja tetapi ramai peminat khususnya daripada golong gamer tua seperti kami kini memohon Sony mengekalkan ciri ini selama-lamanya. Selamat Hari Jadi PlayStation!​
 
Sebanyak 75 Juta Sony PlayStation 5 Telah Terjual Setakat Ini

Sony menerbitkan laporan kewangan untuk tempoh antara Oktober hingga Disember 2024 yang menunjukkan sebanyak 75 juta konsol PlayStation 5 telah terjual sejak ia dilancarkan pada tahun 2020. Pada suku lalu sebanyak 9.5 juta unit PS5 sudah dijual yang adalah yang tertinggi dalam suku sejak dilancarkan.

PS5-Baharu-950x534.webp


Terdapat 129 juta pengguna aktif bulanan dan ini pula ialah peningkatan 5% berbanding suku sama tahun lalu. Jualan konsol dan permainan video mencatatkan peningkatan 16%. Peningkatan ini dipacu oleh permintaan untuk PlayStation 5 Pro dan juga musim perayaan penghujung tahun.

Sony kini di landasan yang betul untuk menjual 18 juta konsol dalam tahun fiskal 2024 yang berakhir Mac depan. Pada ketika ini, jualan PS5 hanya 1.5 juta di belakang angka jualan PS4 dalam tempoh yang sama. Ia juga meletakkan PS5 di tangga ke-13 konsol dengan jualan tertinggi setakat ini. Ia masih jauh di belakang jualan PlayStation 2 yang telah terjual lebih 160 juta unit sejak Mac 2000.
​
 
Sony Mungkin Menaikkan Harga PlayStation 5 Di Sebabkan Tarif Trump

Sony mengumumkan laporan kewangan Q4 tahun fiskal 2024 dengan pendapatan syarikat susut 24% berbanding suku sama tahun lalu. Konsol PlayStation 5 misalnya terjual sebanyak 18.4 juta unit pada suku ini dengan ia turun daripada 20.8 juta unit pada suku sama tahun lalu yang bersamaan pengurangan 11%. Setakat ini PS5 sudah terjual sebanyak 77.7 juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2020.

Untuk tahun fiskal 2025 yang bermula April, Sony menjangkakan peningkatan kos operasi sebanyak 100 bilion Yen (~RM 2.94 bilion) disebabkan oleh Tarif Trump. Oleh itu Sony sedang mempertimbangkan menaikkan harga jualan produk mereka bagi mengurangkan impak tarif ke atas syarikat. Dengan kata lain PS5 mungkin akan dinaikkan dalam masa terdekat. Harganya sudahpun dinaikkan di Eropah, UK, New Zealand dan Australia sejak bulan lalu.

Syarikat gergasi Jepun ini mengeluarkan kebanyakan peralatan elektronik mereka di China. Walaupun China dan Amerika Syarikat bersetuju mengurangkan tarif sebanyak 115% pada Isnin, ini hanya adalah untuk tempoh 90%. Amerika Syarikat juga masih akan mengenakan tarif 30% ke atas semua produk dari China.​
 
Last edited:
Sony PlayStation 5 & PlayStation 5 Pro Menerima Potongan Harga RM239 Sehingga 11 Jun

PlayStation Days of Play tiba lagi hari ini 28 Mei sehingga 11 Jun 2025 dan sempena sambutan ini, Sony memberikan potongan RM239 kepada semua model PlayStation 5 di pasaran Malaysia. Harga jualan semua konsol baharu sepanjang tempoh promosi ini adalah seperti di bawah.​
  • Sony PlayStation 5 Pro – RM 3610​
  • Sony PlayStation 5 – RM 2260​
  • Sony PlayStation 5 Digital Edition – RM 1830​
Sony-Days-of-Play-2025-950x950.jpg.webp


Potongan harga juga diberikan ke atas aksesori PS5 dengan ia sekali lagi mencecah RM239.​
  • Sony PlayStation VR2 – RM 1860​
  • Fon telinga Sony Pulse Explore – RM 869​
  • Sony DualSense Edge – RM 869​
  • Sony DualSense – RM 315*​
  • Sony PlayStation Access (alat kawalan OKU) – RM 359​
*Harga berbeza mengikut warna

Sebilangan permainan seperti Astro Bot, The Last of Us Part II Remastered, EA SPORTS FC 25, Cyberpunk 2077 dan Hogwarts Legacy juga menerima potongan harga yang menarik menerusi PlayStation Store. Langganan 12-bulan untuk PlayStation Plus juga boleh dapatkan potongan harga sebanyak 33% termasuk juga yang melakukan naik taraf. Jika anda menanti masa paling tepat untuk membeli konsol PlayStation 5, inilah yang terbaik kerana Sony sudah mula menaikkan harga konsol di beberapa pasaran berikutan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.​
 
Sebanyak 80.3 Juta Unit Sony PlayStation 5 Telah Terjual Setakat Ini

Sony PlayStation 5 akhirnya mencapai angka jualan 80.3 juta unit menurut laporan kewangan terkini Sony. Angka ini dicapai hampir 5 tahun selepas ia dilancarkan. Sony berpuas hati dengan jualan PS5 setakat ini kerana ia setanding PS2 dan PS4 yang mencapai angka jualan dalam tempoh yang sama. PS3 misalnya hanya mencapai angka ini selepas 7 tahun dipasarkan.

1754645203611.png


Prestasi perniagaan PlayStation juga baik dengan PSN mempunyai 123 juta juga pengguna aktif bulanan. Sebanyak 65.9 juta permainan PS4 dan PS5 terjual antara April hingga Jun 2025 yang adalah peningkatan 12 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sebagai perbandingan Xbox Series X dan Series S dipercayai hanya terjual 30 juta unit sahaja setakat ini walaupun kedua-duanya dilancarkan pada tahun 2020. Ini ialah sebab mengapa Microsoft telah mula menawarkan permainan eksklusif Xbox di PlayStation 5 sejak tahun lalu serta melesenkan penggunaan jenama Xbox kepada ASUS ROG Ally X.​
 
PS5 Masih Di Pertengahan Kitar Hayat, Belum Masa Untuk PS6

Sony memberi gambaran lebih jelas tentang hala tuju PlayStation apabila ketua kewangannya menyatakan bahawa PlayStation 5 (PS5) kini “baru berada di pertengahan kitar hayat”. Kenyataan itu dibuat semasa pembentangan prestasi kewangan terkini, sekali gus menolak spekulasi bahawa Sony sedang bersedia untuk mempercepatkan kemunculan generasi baharu seperti PS6. Menurut syarikat itu, PS5 masih mempunyai ruang perkembangan yang besar, sama ada dari segi jualan, katalog permainan baharu atau ciri yang akan ditambah melalui kemas kini sistem.

Sony turut membandingkan situasi ini dengan kitar hayat panjang PS4, yang terus menerima permainan dan sokongan hampir sedekad selepas dilancarkan. Pendekatan sama dijangka diteruskan untuk PS5, memberi isyarat bahawa konsol itu akan kekal relevan untuk beberapa tahun lagi. Apa yang menarik, Sony memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai PS6. Tiada petunjuk tentang spesifikasi, tarikh pengumuman atau rancangan jangka masa panjang untuk generasi seterusnya. Fokus utama syarikat ketika ini ialah memaksimumkan potensi PS5 yang sudah berada di pasaran sejak 2020.

Bagi pengguna, ini bermakna pembelian PS5 masih dianggap pelaburan kukuh. Permainan besar yang bakal tiba termasuk judul AAA yang diumumkan tetapi belum dilancarkan di mana ia dijangka terus mengutamakan platform ini. Ia juga menunjukkan konsol tersebut tidak akan digantikan dalam masa terdekat, walaupun pasaran kini lebih aktif bercakap tentang generasi baharu konsol lain. Pada pendapat peribadi, PS5 masih lagi berkuasa untuk permainan terkini. Kehadiran PS5 Pro pun cukup menguatkan yang PS6 tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.
​
1763015903165.png
 
PlayStation 2025 Wrap-Up Kini Boleh Di Akses

PlayStation 2025 Wrap-Up
kini akhirnya boleh diakses oleh semua pengguna PlayStation. Seperti Wrap-Up tahun sebelum ini, versi tahun ini memberikan statistik masa permainan, jumlah trofi yang diterima, permainan paling popular, dan banyak lagi. Seperti ciri rangkuman pada aplikasi lain, Wrap-Up 2026 dipaparkan seperti Instagram Stories. Selain statistik permainan, jenis gamer juga boleh dilihat. Anda mungkin peminat permainan solo atau seorang yang suka bersosial di dalam permainan atas talian. Untuk mengakses PlayStation 2025 Wrap-Up sila pergi ke pautan ini.
​
1766405247460.png
 
Jam Mekanikal PlayStation Edisi Terhad Di Lancar Pada Harga ~RM3,180

Sony telah melancarkan jam tangan mekanikal pertama edisi terhad PlayStation bersempena sambutan ulang tahun ke-30 konsol ikonik itu. Pelancaran itu adalah hasil kerjasama dengan Anicorn, hanya 600 unit dijual di seluruh dunia. Rekaan jam ini diinspirasikan daripada konsol PS1 yang dilancarkan pada tahun 1994, dengan kemasan matte kelabu yang sinonim dengan era awal PlayStation.
​
1766419861342.png

1766419890778.png

Ia bukan jam pintar atau peranti permainan, sebaliknya menggunakan pergerakan mekanikal tradisional untuk menunjukkan masa. Pra-tempahan untuk Jam Mekanikal PlayStation Edisi Terhad ini sudah pun dibuka bermula 18 Disember 2025 melalui laman rasmi Anicorn Watches pada harga USD780.00 (~RM3,180).
​
​
 
615820172_860040037022320_7541884156171746290_n.jpg


"Dimalukan Depan 100,000 Orang, Jurutera Ini Balas Dendam Dengan Cipta Empayar Bernilai Berbilion Dolar."

Oleh: Mazlan Syafie

Tuan-tuan pernah tak rasa dikhianati? Rasa macam kena tikam belakang oleh orang yang kita percaya?
Rasa sakit tu, pedih kan?
Tapi hari ini saya nak cerita pasal seorang jurutera Jepun yang mengubah rasa sakit tu jadi "senjata nuklear" yang memusnahkan musuhnya.

Nama dia Ken Kutaragi. Umur 35 tahun.
Dia kerja di Sony.
Zaman tu (80-an), Sony ni syarikat "kayangan".

Dorang buat TV Trinitron, dorang buat Walkman. Barang dorang semua high class.
Video game? Bagi bos-bos Sony, itu mainan budak-budak. Takde kelas. Buat malu kompeni je.
Tapi Kutaragi ni lain macam sikit. Dia obses.

Dia tengok anak perempuan dia main Nintendo Famicom kat rumah. Mata dia nampak sesuatu yang orang lain tak nampak.
Dia nampak masa depan.
Dia tahu, satu hari nanti, "mainan budak-budak" ni akan jadi industri hiburan paling besar di dunia, potong wayang gambar dan muzik.

Jadi apa dia buat?
Dia buat kerja gila. Dia cipta cip bunyi (sound chip) untuk Nintendo secara senyap-senyap.
Dia buat kat rumah, malam-malam lepas balik kerja. Dia sorok daripada bos Sony.

Bila kantoi, bos besar Sony mengamuk sakan.
"Kau guna harta syarikat untuk buat benda bodoh ni?"
"Kau nak kena pecat ke?"
"Video game bukan bisnes kita!"

Nyaris-nyaris dia kena tendang keluar. Tapi nasib dia baik. CEO Sony masa tu, Norio Ohga, nampak bakat dia.
Ohga selamatkan Kutaragi. "Bagi budak ni teruskan," katanya.
Maka bermulalah kerjasama bersejarah antara Sony dan Nintendo pada tahun 1988.

Dorang setuju nak buat projek "Super Disc". Sony buat alat, Nintendo buat game.
Bos-bos Sony suka lah. Dorang dapat tumpang nama Nintendo, Raja Gaming masa tu.
Semua nampak cantik. Sampailah tarikh keramat Jun 1991.
Lokasi: Consumer Electronics Show (CES), Chicago.

Ini event teknologi paling besar dalam dunia. Semua mata tertumpu kat pentas.
Bos-bos Sony duduk barisan depan. Senyum lebar. Pakai sut mahal. Bersedia nak naik pentas raikan kerjasama dengan Nintendo.

Sekali... Naib Presiden Nintendo, Howard Lincoln, pegang mikrofon.
Dengar baik-baik apa dia cakap.
Dia tak sebut pun nama Sony.
Sebaliknya, depan 100,000 orang, depan wartawan satu dunia, dia umumkan Nintendo akan bekerjasama dengan Philips (pesaing Sony).
Dia batalkan deal dengan Sony secara live atas pentas!

Tuan-tuan bayangkan muka bos-bos Sony masa tu.
Terkedu. Jatuh rahang. Muka merah padam menahan malu.
Dorang dikhianati hidup-hidup. Dimalukan di pentas dunia.
Balik ke Tokyo, bilik mesyuarat Sony meletup.

"Kan aku dah cakap! Jangan main dengan industri game ni!"
"Buat malu kaum je!"
"Tutup projek ni! Kita fokus jual TV balik!"
Semua orang nak give up. Semua orang nak lari menyorok dalam gua. Malu weh.

Tapi Kutaragi bangun.
Dia tak minta maaf. Dia tak tunduk.
Dia tanya satu soalan cepumas kat bos-bos besar tu.
"Adakah kita nak biar je syarikat mainan tu malukan kita macam ni?"
Bilik tu senyap sunyi.

Kutaragi sambung lagi, "Kita buat konsol sendiri.
Kita buat lagi power dari dorang. Kita tak payah partner. Kita lawan dorang."
Semua orang geleng kepala. Gila ke apa mamat ni?

"Kita takde game. Kita takde developer. Kita takde Mario. Kita takde Sonic."
"Nintendo dengan Sega pegang 95% pasaran. Kau nak lawan macam mana?"
"Kau akan mati dalam masa setahun."

Tapi Kutaragi tak peduli. Dia ada dendam yang perlu dilunas. Dan dendam tu adalah bahan bakar paling power.
Akhirnya, dengan berat hati, Sony bagi lampu hijau. Projek "PlayStation" bermula.
Tapi laluan dia bukan karpet merah. Laluan dia penuh duri.

Kutaragi sedar dia tak boleh lawan Nintendo guna cara Nintendo. Dia kena main taktik kotor sikit.
Taktik dia: Curi Hati Developer.
Selama ni, Nintendo layan pembangun game (developer) macam kuli batak.
Kontrak Nintendo kejam. Royalti sikit. Takde kebebasan kreatif. Nintendo berlagak sebab dorang monopoli.

Kutaragi masuk jarum. Dia pergi jumpa developer-developer ni. Namco, Capcom, Konami.
Dia tawarkan "syurga".
"Korang buat game untuk Sony, aku bagi royalti tinggi. Aku bagi kebebasan. Kita partner, bukan kuli."
Satu demi satu developer mula beralih arah.

Paling pedih bagi Nintendo, syarikat Square (pembuat Final Fantasy) pun lari masuk Sony.
Final Fantasy tu permata Nintendo kot! Tu pun kena rembat.
Kemudian, Kutaragi buat satu lagi pertaruhan besar.
Grafik 3D.

Masa tu, semua game 2D (macam Mario). Pakar industri kata 3D ni mustahil untuk konsol rumah.
Mahal sangat. Panas sangat.
Kutaragi gelak je. Dia jurutera genius.
Dia bina cip yang boleh proses polygon masa nyata.

Bila dia tunjuk demo T-Rex bergerak dalam 3D kat developer... semua ternganga.
Masa tu lah dorang sedar. Zaman Mario lompat-lompat 2D dah tamat. Zaman PlayStation dah bermula.
Disember 3, 1994. PlayStation dilancarkan di Jepun.
Hari pertama je dah jual 100,000 unit.

Bila masuk Amerika tahun 1995, ia bukan setakat bersaing. Ia membunuh.
Dalam masa dua tahun, PlayStation jual lagi banyak daripada gabungan Nintendo 64 dan Sega Saturn!
Menjelang tahun 2000, PlayStation jadi konsol pertama dalam sejarah jual 100 JUTA unit.
Nintendo? Terduduk.

Sega? Terus bungkus kain baju, keluar terus dari bisnes konsol. Mati katak.
Tapi Kutaragi tak puas lagi. Dendam dia belum habis.
Tahun 2000, dia keluarkan PlayStation 2 (PS2).

Ini bukan konsol. Ini raksasa.
Boleh main DVD. Boleh main game lama. Paling power dalam dunia.
PS2 jual 155 Juta unit! Rekod dunia yang sampai hari ini takde siapa boleh pecahkan.

Apa jadi kat Nintendo?
Syarikat yang malukan Sony atas pentas CES tu, terpaksa makan asap selama lebih 10 tahun.
Dorang jadi nombor dua.
Kutaragi?

Jurutera yang hampir kena pecat sebab buat cip bunyi senyap-senyap tu, naik pangkat jadi CEO Sony Computer Entertainment.
Dia bina divisyen yang untung berbilion dolar. Menyelamatkan Sony masa bisnes TV dorang merundum.
Hari ini, jenama PlayStation dah jual lebih 500 juta konsol merentas 5 generasi.
Hasil jualan tahunan? Lebih USD 30 Bilion.

Semuanya bermula sebab seorang lelaki berumur 35 tahun enggan menyerah kalah bila dimalukan.
Tuan-tuan nampak tak permainan dia?
Kutaragi ajar kita satu benda mahal tentang bisnes dan kehidupan.

Pengkhianatan bukan penamat. Ia adalah minyak petrol.
Bila orang kata "NO", itu bukan bermakna idea kita bodoh. Itu bermakna kita bebas untuk buat sendiri tanpa dorang.
Bila orang malukan kita depan orang ramai, jangan lari balik rumah nangis bucu katil.

Balik ofis, kunci pintu dan bina satu benda yang akan buat dorang menyesal seumur hidup.
Jangan dendam dengan pukul orang. Dendam dengan kejayaan.
Biarkan orang yang tikam belakang kita tu tengok kita dari jauh, sambil gigit jari, menyesal sebab lepaskan peluang untuk berada di sisi kita masa kita kat puncak.

Inilah kisah bagaimana Nintendo secara tak sengaja mencipta musuh paling besar dorang sendiri.
Dan inilah kisah bagaimana Ken Kutaragi membuktikan bahawa kadang-kadang, cara terbaik untuk menang adalah dengan membiarkan musuh gelak dulu.

Sebab siapa yang gelak paling akhir, dialah pemenang sebenar.
MasyaAllah, hebat sungguh percaturan rezeki Tuhan.
Kadangkala Allah hadirkan ujian berbentuk penghinaan dan penolakan manusia bukan untuk melemahkan kita, tetapi untuk mengeluarkan potensi "raksasa" yang terpendam dalam diri kita.

Jika Ken Kutaragi tidak dimalukan hari itu, mungkin PlayStation tidak akan wujud hari ini.
Moga kita semua dikurniakan semangat juang yang tinggi, tidak mudah patah semangat dengan caci maki manusia dan terus berusaha membina legasi yang memberi manfaat kepada ummah.

sumber -
 
Back
Top
Log in Register