BTC USD 82,615.5 Gold USD 4,156.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Games) Kemaskini Maklumat PlayStation 5 (PS5)

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Sony PlayStation telah mengumumkan penstriman cloud gaming pada bulan Jun lepas, kini Sony telah melepaskan versi beta untuk perkhidmatan itu kepada pelanggan PS Plus Premium. Pada awal minggu ini, banyak pelanggan melaporkan di platform Reddit di mana mereka menerima jemputan beta eksklusif kepada penstriman awan PS5.

another-beta-for-playstation-plus-premium-members-this-time-v0-pk2ejs2dbrgb1.jpg
​

​

Walaupun Beta, Tetapi Stabil​

Ramai pengguna di ResetEra menunjukkan bahawa mereka mampu untuk memainkan games secara strim pada resolusi hingga 4K.

XQGTUqz.jpg


Salah satunya adalah tangkap layar yang dikongsikan oleh ArashiGames di mana beliau dapat strim God of War Ragnarök pada resolusi 2160p tanpa sebarang isu. Sebagai perbandingan, Xbox Cloud Gaming ketika ini hanya mampu menawarkan prestasi penstriman pada resolusi 1080p dan kadar bingkai 60fps sahaja.
​
 
Last edited:
PS5 Di Kemaskini Dengan Pemacu Blu-Ray Boleh Tanggal & Storan 1TB

Sony mengumumkan model baharu konsol permainan PlayStation 5 (PS5) yang membawakan beberapa kemas kini bersempena dengan perayaan hujung tahun yang banak disambut tak lama lagi. Perubahan paling ketara adalah pada dimensinya. PS5 baharu kini 30% lebih nipis agar tidak memakan ruang yang banyak di ruang tamu anda. Jisimnya juga berjaya dikurangkan sebanyak 18% supaya lebih mudah dikenalikan.

231011-ps5-baharu-02-1024x683.jpg


Lebih menarik, PS5 versi Digital kini mempunyai pilihan untuk memasang pemacu cakera Blu-ray secara berasingan. Makanya, tak perlu pening nak pilih versi fizikal ataupun versi digital. Aksesori ini berharga USD80 (~RM378). Lagi yang dijual berasingan sekarang adalah kaki penyangga yang berharga UDS30 (~RM142).

231011-ps5-baharu-03-1024x683.jpg


Port I/O juga telah dikemas kini. Anda beroleh 2 port USB-C di bahagian depan manakala di bahagian belakang anda beroleh 2 port USB-A. Lagi perubahan yang dibawakan adalah storan dalamannya kini betul-betul 1TB berbanding dulu 825GB.

Spesfikasi asas lain dilihat tidak berubah. Atas papan utama, ia masih dikuasakan pemproses berasaskan AMD Ryzen yang terdiri daripada 8 teras dan 16 bebenang pemproses bekerja pada kelajuan sehingga 2.5Ghz.

231011-spesifikasi-ps5-1024x916.jpg


PS5 baharu ini akan mula dijual sekitar November 2023 nanti dan akan menjadi satu-satunya model PS5 yang dijual selepas model “gemuk” dan digital sepenuhnya habis dijual. Harganya di US adalah USD450 (RM~2,128) (versi digital) dan USD500 (~RM2,365) (versi fizikal).

Model baharu PS5 ini harga untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Untuk rujukan, versi fizikal sekarang dijual pada harga RM2,499 manakala versi digital pada RM2,069.

Sumber asal
Sony​
 
PS5 Baharu Dengan 1TB Storan Akan Di Jual Pada Harga Bermula RM2,069

Pada minggu lalu, Sony telah mengumumkan PlayStation 5 (PS5) baharu dengan pemacu cakera boleh tanggal dan 1TB storan. Ia hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan berbanding model sedia ada. Kini, Sony mengeluarkan senarai harga jualan bagi kedua-dua model PS5 baharu untuk pasaran Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Di Malaysia, PS5 dengan pemacu cakera Ultra HD Blu-ray akan dijual pada harga RM2,499. Sementara PS5 Digital Edition berharga RM2,069.

PS5-new-2023.jpg


Bagi PS5 Digital Edition, pengguna juga boleh menambah pemacu cakera Ultra HD Blu-ray yang dijual berasingan pada harga RM529. Vertical Stand, yang juga dijual berasingan, berharga RM149.

PS5-new-2023_2.jpg


Dari segi ketersediaan, model PS5 baharu akan dijual bermula November 2023 untuk pasaran Amerika, kemudian akan dilancarkan untuk pasaran global dalam beberapa bulan akan datang.

Sumber asal PlayStation​
 
PlayStation 5 Kini Di Tawarkan Pada Harga Bermula RM1830 - Diskaun Bersempena Hari Merdeka

Sony kini hadir dengan promosi jualan Merdeka, sekaligus menawarkan diskaun sebanyak RM239 untuk pembelian konsol PlayStation 5. Dibawah promosi ini, pengguna boleh mendapatkan PlayStation 5 (Edisi Blu-ray) pada harga RM2260 (berbanding harga biasa RM2499), ataupun konsol PlayStation 5 edisi digital pada harga RM1830 (berbanding harga biasa RM2069).

PlayStation-Merdeka-2024-950x950.jpg.webp


Sony menawarkan harga diskaun ini sehingga 1 September 2024 sahaja. Selain konsol, Sony turut menawarkan fon kepala PlayStation 5 PULSE 3D ditawarkan pada harga RM369 (berbanding harga biasa RM469). Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui laman Sony Store Malaysia, atau melalui beberapa penjual Sony seluruh negara.​
 
PlayStation 5 Pro Mungkin Di Umumkan Seawal Bulan September

PlayStation 5 sudah hampir berusia empat tahun dan kini angka jualannya mula menurun. Maka tepat pada masanya, ura-ura PlayStation 5 Pro akan dilancarkan mula didengari sejak enam bulan yang lalu. Terkini muncul laporan dari WCCFTech, PS5 Pro mungkin akan diumumkan seawal bulan depan. Ketika di Gamescom yang berlangsung minggu lalu, pembangun dilaporkan mula menerima spesifikasi akhir PS5 Pro supaya memudahkan mereka merancang permainan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Beberapa pembangun turut melewatkan pelancaran permainan bagi membolehkan ia dijalankan pada konsol kemas kini ini dengan lebih baik.

PlayStation-5-Pro-PS5-Pro-LOGO-950x535.jpg.webp


Ura-ura lain mengatakan acara State of Play baharu akan diadakan pada penghujung September dan konsol akan mula dijual pada bulan November. Ini adalah strategi yang sama seperti PlayStation 4 Pro dilancarkan hampir 8 tahun yang lalu. Adalah dipercayai GPU PS5 Pro sekitar 45% lebih berkuasa dengan CPU pula beroperasi pada kelajuan sehingga 3.85GHz yang adalah 10% lebih pantas berbanding PS5. Ini membolehkan PS5 Pro menjalankan mod raytracing sehingga 4X lebih baik sementara PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) meningkatkan kualiti grafik setanding sebuah PC.​
 
Sony PlayStation 5 Pro Akan Di Umumkan Malam Ini

Sony akan mengumumkan konsol Sony PlayStation 5 Pro pada jam 11 Malam ini. Ini disahkan sendiri oleh Sony menerusi akaun media sosial PlayStation lewat malam semalam. Sebuah pembentangan akan dilakukan oleh Mark Cerny yang merupakan ketua bahagian rekaan dan senibina permainan video di Sony.

Sony-PS5-Pro-PlayStation-5-Pro-950x534.jpg.webp


Terdapat pelbagai spekulasi mengenai konsol paling berkuasa Sony bakal terungkai malam ini. Pengenalannya diharap akan dapat meningkatkan semula jualan konsol PlayStation yang mula perlahan sejak awal 2024. Model lebih berkuasa diperkenalkan pada pertengahan kitaran PlayStation 5 yang kini sudah berusia hampir empat tahun.

Tidak diketahui sama ada PS5 Pro akan dapat memberikan nafas baharu kepada Sony kerana PS4 Pro yang dilancarkan lapan tahun lalu hanya menyumbang kepada sekitar 15% jualan keseluruhan siri PS4.​
 
Spesifikasi Sebenar Sony PlayStation 5 Pro Kini Di Ketahui

Konsol lebih berkuasa Sony PlayStation 5 Pro (PS5 Pro) diumumkan pada September lalu dengan Sony menjanjikan peningkatan pada kualiti grafik, kesan khas dan kadar bingkai dalam permainan. Sony walau bagaimanapun tidak berkongsi spesifikasi penuh konsol ini. Hari ini Digital Foundry akhirnya mendedahkan spesifikasi berdasarkan manual yang disertakan dengan setiap pembelian.

Sony-PlayStation-5-Pro-PS5-Pro-C-950x535.jpg.webp


Sony PS5 Pro dilengkapi cip AMD Ryzen Zen 2 dengan 8 teras dan 16 bebenang pemprosesan yang dipadankan dengan GPU berasaskan AMD RDNA dengan kuasa 16.7 Teraflop. Ini ialah peningkatan hampir dua kali ganda berbanding 10.23 Teraflop pada model PS5 asal. Dari segi prestasi ia meletakkan prestasi GPU PS5 Pro lebih tinggi berbanding NVIDIA GeForce RTX 4060 dan AMD Radeon RX 6800.

Ini dipadankan pula dengan memori 16GB GDDR6 RAM dan juga memori tambahan 2GB DDR5 RAM yang hanya digunakan untuk operasi konsol yang tidak berkaitan dengan permainan video. Storan pula adalah sebesar 2TB dari jenis SSD. Konsol ini akan dilancarkan 7 November pada harga RM3849 dengan 55 permainan video di bawah disahkan akan menyokong mod grafik yang pertingkatkan PS5 Pro.​
  1. Alan Wake 2​
  2. Albatroz​
  3. Apex Legends​
  4. Arma Reforger​
  5. Assassin’s Creed Mirage​
  6. Baldur’s Gate 3​
  7. Call of Duty: Black Ops 6​
  8. Dead Island 2​
  9. Demon’s Souls​
  10. Diablo IV​
  11. Dragon Age: The Veilguard​
  12. Dragon’s Dogma 2​
  13. Dying Light 2 Reloaded Edition​
  14. EA Sports College Football 25​
  15. EA Sports FC 25​
  16. Enlisted​
  17. F1 24​
  18. Final Fantasy VII Rebirth​
  19. Fortnite​
  20. God of War Ragnarök​
  21. Hogwarts Legacy​
  22. Horizon Forbidden West​
  23. Horizon Zero Dawn Remastered​
  24. Kayak VR: Mirage​
  25. Lies of P​
  26. Madden NFL 25​
  27. Marvel’s Spider-Man: Miles Morales​
  28. Marvel’s Spider-Man 2​
  29. Marvel’s Spider-Man Remastered​
  30. Naraka: Bladepoint​
  31. NBA2K 25​
  32. No Man’s Sky​
  33. Paladin’s Passage​
  34. Palworld​
  35. Planet Coaster 2​
  36. Professional Spirits Baseball 2024-2025​
  37. Ratchet & Clank: Rift Apart​
  38. Resident Evil 4​
  39. Resident Evil Village​
  40. Rise of the Ronin​
  41. Rogue Flight ​
  42. Star Wars: Jedi Survivor​
  43. Star Wars: Outlaws​
  44. Stellar Blade​
  45. Test Drive Unlimited: Solar Crown​
  46. The Callisto Protocol​
  47. The Crew Motorfest​
  48. The Finals​
  49. The First Descendant ​
  50. The Last of Us Part I​
  51. The Last of Us Part II Remastered​
  52. Until Dawn​
  53. Warframe​
  54. War Thunder​
  55. World of Warships: Legends​
 
Sony PlayStation 5 Pro Di Lancarkan Secara Rasmi - Harga RM3849
Sony PlayStation 5 Pro kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan penaiktarfan diberikan pada cip pemproses, memori dan storan berbanding PlayStation 5 biasa. Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, PS5 Pro dilengkapi cip AMD Ryzen Zen 2 dengan 8 teras dan 16 bebenang pemprosesan yang dipadankan dengan GPU berasaskan AMD RDNA dengan kuasa 16.7 Teraflop.

Sony-PlayStation-5-Pro-PS5-Pro-C-950x535.jpg.webp


Ini ialah peningkatan hampir dua kali ganda berbanding 10.23 Teraflop pada model PS5 asal. Dari segi prestasi ia meletakkan prestasi GPU PS5 Pro lebih tinggi berbanding NVIDIA GeForce RTX 4060 dan AMD Radeon RX 6800. Ini dipadankan pula dengan memori 16GB GDDR6 RAM dan juga memori tambahan 2GB DDR5 RAM yang hanya digunakan untuk operasi konsol yang tidak berkaitan dengan permainan video. Storan pula adalah sebesar 2TB dari jenis SSD. Konsol ini akan dilancarkan 7 November pada harga RM3849 dengan 55 permainan video di bawah disahkan akan menyokong mod grafik yang pertingkatkan PS5 Pro. Sokongan diperlukan kerana secara lalai tanpa kemas kini sokongan untuk PS5 Pro, permainan sedia ada tidak dapat menggunakan sepenuhnya kuasa tambahan konsol baharu ini.​
 
Pizza Hut Melancarkan Pemanas Piza Yang Menggunakan PlayStation 5

PlayStation 5 adalah konsol permainan generasi baharu Sony yang cukup berkuasa. Ia boleh menjalankan pelbagai permainan video dengan grafik yang berkualiti serta dengan prestasi yang konsisten. Satu masalah yang terkenal dengan kebanyakan konsol termasuk PS5 adalah pemanasan dan terbaru, Pizza Hut telah mengambil kesempatan ke atasnya. Pizza Hut telah melancarkan pemanas piza PIZZAWRMR yang menggunakan PS5. Pemanas piza ini hanyalah satu rekaan sahaja yang pengguna perlu cetak sendiri menggunakan fail STL yang disediakan secara rasmi. Ideanya adalah, sambil bermain permainan video – piza dapat dipanaskan. Rekaan pemanas ini boleh memuatkan piza said sederhana dan makanan lain yang bersaiz kecil.

Pizza-Hut-PIZZAWRMR-PS5-01.jpeg.webp

PIZZAWRMR dipasang pada konsol dan bahagian kekisi untuk aliran udara panas diperangkap untuk dialihkan kepada piza. Pizza Hut turut mengeluarkan peringatan kepada pengguna untuk menggunakan bahan cetakan 3D yang mesra dengan makanan kerana kebanyakannya mengandungi bahan kimia berbahaya. Kemudian selepas cetakan selesai, pengguna juga digalakkan untuk menggunakan foil aluminium sebagai alas.

Pizza-Hut-PIZZAWRMR-PS5-02.webp


Fail cetakan 3D ini disediakan secara percuma dan boleh diakses oleh semua orang tidak kira dari mana. Cuma, untuk mendapatkannya anda perlu memberi nama, alamat emel dan negara asal.
​
​

 
Back
Top
Log in Register