BTC USD 84,441.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Aras Bitcoin Dari Masa Ke Semasa

22.11.2024 - Nilai wang kripto hari ini menerobos $98,000 pula dengan ia melangkaui nilai tertinggi $95,000 yang dicatatkan semalam. Ketika artikel ditulis, nilai satu Bitcoin ialah $98,813 (~RM 441,447) dengan penganalisa meramalkan ia akan melepasi nilai $100,000 sebelum minggu ini berakhir.

Nilai Bitcoin terus mencatatkan peningkatan nilai yang mendadak dibantu oleh polisi mesra kripto yang diumumkan oleh Donald Trump yang akan dilantik menjadi Presiden pada Januari tahun depan. Hanya beberapa minggu lalu nilai Bitcoin tertinggi ialah sekitar $75,000 sahaja dan kini ia sudah meningkat lebih 30%.

Sumber asal https://finance.yahoo.com/news/bitc...es-gary-gensler-will-step-down-182502440.html​


Original Translated Article​
 
Last edited:
Nilai Bitcoin Menjunam Bawah $77,0000

Nilai mata wang kripto Bitcoin menjunam ke $76,934 (~RM 343,548.) pagi ini yang bersamaan penyusutan sekitar -8% berbanding nilainya semalam. Ketika artikel ditulis nilai Bitcoin masih sedang merosot dan nilainya kini setara dengan nilainya pada 10 November tahun lalu beberapa hari selepas Trump diumumkan sebagai pemenang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Jika November tahun lalu nilai Bitcoin dan mata wang kripto utama dunia melonjak disebabkan kemenangan Trump, ia kini merosot juga disebabkan oleh beliau. Pengumuman tarif Trump secara pukul rata ke semua negara rakan dagang Amerika Syarikat menyebabkan harga turut disebabkan kerisauan pasaran. Kini muncul laporan dunia mungkin berhadapan dengan kemelesetan global disebabkan tarif yang diumumkan.

Selain kripto, nilai saham beberapa syarikat teknologi utama dunia juga merosot sehingga hampir 10$ minggu lalu. Apple misalnya menjunam lebih 9% kerana peranti mereka dikeluarkan di China, Vietnam dan India. Harga jualan iPhone di Amerika Syarikat mungkin meningkat sehingga 54% sekiranya ia diimport daripada China. Tarif mewujudkan pelbagai masalah sehingga Nintendo membatalkan tarikh tempahan Switch 2 di Amerika Syarikat kerana harga jualan $450 yang diumumkan minggu lalu akan merugikan syarikat.​
 
Last edited:
Nilai Bitcoin Menjunam Bawah $75,0000

Nilai mata wang kripto Bitcoin menjunam ke $74,627 (~RM 335,112) pagi ini yang bersamaan penyusutan sekitar -5% berbanding nilainya semalam. Ketika artikel ditulis nilai Bitcoin pulih sedikit ke sekitar $76,000 yang masih lebih rendah berbanding nilainya $76,934 dua hari yang lalu. Ini bermakna hampir kesemua peningkatan nilai yang dicatatkan selepas ke mengangan Trump dalam pilihanraya presiden Amerika November tahun lalu kini terhapus.

Trend penurunan nilai berlaku sejurus selepas Presiden Trump mengumumkan kadar tarif pukul rata ke atas kesemua negara yang berdagang dengan Amerika Syarikat. Pasaran saham global mencatatkan penyusutan tertinggi sejak wabak Covid-19 dengan pasaran Asia paling terjejas teruk kerana bergantung kepada eksport ke Amerika Syarikat. Tiada tanda pemulihan pasaran dapat dilihat pada ketika ini dan ia tidak dibantu oleh pengumuman tarif baharu 104% ke atas kesemua import China ke Amerika Syarikat. Tarif yang lebih melampau ini dikenakan selepas China bertindak mengenakan tarif berbalik 34% ke atas Amerika dan menghalang jualan unsur nadir bumi kepada semua negara.​
 
Last edited:
Nilai Bitcoin Melebihi $109,000 - Tertinggi Dalam Sejarah

27.05.2025 - Nilai mata wang kripto Bitcoin mencecah $109,992 (~RM 468,181) pagi ini dan ia adalah nilai tertinggi dalam sejarah. Tahun 2025 ialah tahun rollercoaster pasaran kripto dengan nilai Bitcoin menjunam ke sekitar $86,000 pada Februari sebelum kembali mencecah $100,000 dua minggu yang lalu. Sebelum ini nilai tertinggi Bitcoin ialah $106,147 yang dicapai pada Disember 2024.

Peningkatan nilai Bitcoin sejak sebulan lalu adalah dipacu oleh pengumuman pentadbiran Presiden Trump untuk meluluskan rangka kerja penggunaan kripto serta pelbagai keputusan mengurangkan kadar tarif ke beberapa pasaran dunia termasuk China. Pemulihan ekonomi ini memberikan impak positif ke atas pasaran kripto yang saling berhubung kait.​
 
Last edited:
Harga Bitcoin Cecah Paras Tertinggi RM500,000 Seunit

12.07.2025 - Harga Bitcoin hari ini melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah apabila mencecah RM500,000 seunit, susulan peningkatan minat institusi global terhadap aset digital utama itu. Berdasarkan pasaran kripto terkini, lonjakan tersebut didorong oleh kemasukan berterusan pelabur institusi, termasuk firma pengurusan aset utama dunia seperti BlackRock dan Fidelity, selain permintaan runcit yang semakin meningkat. Kadar pertukaran semasa menunjukkan Bitcoin didagangkan sekitar AS$118,000, menjadikan nilainya dalam Ringgit melepasi setengah juta buat kali pertama.​

1752287007677.png

Kenaikan ini turut disokong jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mungkin akan mula melonggarkan dasar monetari menjelang hujung tahun. Kenaikan harga ini turut memberi kesan kepada altcoin utama lain seperti Ethereum dan XRP, yang masing-masing turut merekodkan kenaikan dalam tempoh 24 jam terakhir. Pada 24 Feb tahun lalu, harga Bitcoin mencecah paras tertinggi iaitu RM250,000 seunit. Ini bermakna aset digital ini merekodkan kenaikan 100 peratus dalam tempoh 18 bulan. Bagaimanapun, pelabur diingatkan untuk terus berhati-hati memandangkan pasaran kripto kekal sangat volatil, dengan risiko pembetulan mendadak masih tinggi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/748772​
 
Nilai Bitcoin Kini Melangkaui RM500,000

Nilai kriptowang terus memperlihatkan peningkatan pada hari ini, dan ia diterajui oleh Bitcoin yang kini turut mencapai nilai melangkaui RM500,000. Ketika artikel ini sedang ditulis, nilai Bitcoin semasa adalah melebihi RM501,000. Peningkatan nilai ini melihatkan lebih sekali ganda dalam tempoh setahun. Sebelum ini, Bitcoin telah berada pada paras RM224,000 pada bulan Ogos 2024 lepas.

Peningkatan nilai ini dikatakan disebabkan oleh Amerika Syarikat yang akan memulakan debat melibatkan aset digital bermula minggu ini. Sebelum ini, Presiden Donald Trump dikatakan lebih mesra dan terbuka ke arena kriptowang, dan debat dan perbincangan pada minggu ini dijangka membawa ke arah kesan positif terhadap arena kriptowang berkenaan. Selain Bitcoin, pelbagai kriptowang lain turut memperlihatkan peningkatan positif sejak seminggu kebelakangan ini.
​
 
Last edited:
Nilai Bitcoin Kini Jatuh Bawah RM400,000

Nilai Bitcoin pada tahun ini menyaksikan mencapai nilai tertinggi, melangkaui RM500,000. Namun, untuk minggu ini, ia dilihat merudum, dan kini mencatatkan nilai di bawah RM400,000. Angka yang dicatatkan hari ini memperlihatkan nilainya jatuh lebih 23% berbanding bulan Mei 2025 lepas. Selari kejatuhan nilai Bitcoin, pelbagai kriptowang lain juga memperlihatkan penurunan secara mendadak. Walaupun diperkatakan sebagai terpencar, ia masih bergantung kepada pergerakkan ekonomi Amerika Syarikat, dan kejatuhan ini dikaitkan dengan pergerakkan ekonomi negara tersebut. Dengan pergerakkan ini, sama-sama kita nantikan apakah nilai yang akan dicatatkan oleh Bitcoin dalam minggu-minggu akan datang, sama ada lebih menurun atau meningkat kembali.​

1763465145601.png
 
Nilai Bitcoin Turun Bawah $90,000

Nilai mata wang kripto Bitcoin susut bawah $90,000 hari ini dengan ia meneruskan trend penurunan nilai mata wang kripto sejak dua minggu kebelakangan ini. Semasa artikel ini ditulis, nilai Bitcoin ialah sekitar $89,878 (~RM 375,286) dengan ia masih lagi terus menyusut. Kali terakhir nilai Bitcoin di tahap serendah ini ialah pada penghujung April lalu dengan secara keseluruhan nilainya susut 16% sejak sebulan lalu. Nilai dijangka terus susut kerana dilakukan oleh pemegang dan faktor ketidakstabilan ekonomi Amerika Syarikat disebabkan operasi kerajaan ditutup lebih 40 hari kerana gagal meluluskan belanjawan.
​
1763468131226.png
 
Back
Top
Log in Register