BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kemalangan

mana pi body kete tu. tengok area sekeliling kete tak nampak pun.
 
Alhamdulillah...kematian yang tidak dipedulikan. bawak laju, inilah hadiahnya. nasib tiada orang lain yang tidak bersalah terlibat. bayangkan kalu mak ayah adik beradik kita jadi mangsa langgar pemandu yang "mulia" ini...eloklah dia mati.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana telah mengurangkan seorang lagi binatang buas jalan raya di malaysia nie..

tak mati lagi bro:D

Pemandu Lotus panjang umur

MUAR: Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki Singapura terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 1 petang itu, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Singapura menuju ke utara apabila terbabas ke kanan dan melanggar bukit di tepi lebuh raya.

Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer.


Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.

SUMBER HM
 
bagila tajuk sedap sikit..dhla astrok
 
dahsyat giller...nih mesti kereta bergolek2 somersolt beberapa kali...
sebab seat belt dia tak terkeluar..tapi dalaman badan semua hancusss...
kelajuan itu membunuh....
 
Lotus = Selamat
proton/perodua = mangsa pun tak nampak. Hancur!
 
bapak aku baru pesan, bawak 80 ja.
kat bakal menantu dia pun pesan macam tu.

standardkancil mmg la 80 ja.. :))
 
kalau dah ajal..ko bawak kereta kebal tahap gaban pun mati...bukan pasal kereta tin atau fiber...kereta mewah atau kereta murah.

Kalau ko citer lagu tu memang la betul kalau ajal dah sampai, takkan kemana. Semua orang tahu.

Maksud aku kualiti kereta tu main peranan. Fahamkan sket statement tu.:)
 
Back
Top
Log in Register