BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemalangan: Rasa mati hidup semula

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KEPALA BATAS - Tindakan pantas orang ramai sekitar di Pasar Awam Kepala Batas dengan segera terjun ke dalam tali air berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada mati lemas selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terhumban ke tali air di Kampung Permatang Manggis, di sini pagi kelmarin.

Sebaik berjaya diselamatkan, lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Kunnan, 30-an berkata, kejadian cemas terperangkap dalam kereta yang ditenggelami air selama beberapa minit sekitar jam 9.30 pagi itu diibaratkannya seperti mati hidup semula. “Saya hanya mampu berterima kasih kerana ketika kejadian ramai orang di situ sanggup terjun ke dalam tali air sedalam satu meter untuk menyelamatkan saya,” katanya.

Kejadian itu berlaku ketika Kunnan dalam perjalanan dari Butterworth ke Kepala Batas. Sebaik tiba di lokasi kejadian, dia terkejut apabila sebuah kereta yang diekorinya tiba-tiba membelok ke kiri tanpa memberikan sebarang isyarat.

“Disebabkan mengekori kereta itu bukan pada jarak selamat, saya terpaksa memaut stereng sehingga hilang kawala, " katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kemalangan-rasa-mati-hidup-semula-1.67731
 
syukur masih selamat. hati2 di jalanan
 
sampai pintu drver terbukak la ni
 
Aku cukup tensen kalau ada kete dari belakang cucuk rapat belakang kete aku...
Mmg terus aku perlahankan dan bwk 40-50kmj jer....
Nie la padahnya kalau folo belakang kete rapat sgt...
 
Hati-hati dijalan raya..
Ingatlah orang tersayang di hari Raya :p
 
yang nak ikut dekat sngt tu buat apa..kdg pelik jg dgn perangai org..
 
tali air tu bukannya ada air pun..
nak lemas mendernyer..
 
ni kes cucuk rapat la ni.....
 
ini kena g masuk kelas mandu semula nie..
msti dia lupa syarat2 pemaduan nie
 
Back
Top
Log in Register