BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemalangan, Pusingan Ketiga Cub Prix Batal

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
Norizman%20Ismail_zpsbnrar2yn.jpg



KUALA LUMPUR: Juara kelas perdana Perlumbaan Cub Prix 2005 dan 2011, Norizman Ismail maut selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh satu, semasa sesi ujian masa kategori CP150 di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, Jumaat.

Allahyarham yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR Racing, terlibat dalam kemalangan itu kira-kira pukul 3.50 sebelum marshal dan paramedik memberikan rawatan segera selepas bendera merah dikibarkan pada pukul 3.52 petang untuk menghentikan sesi itu.

Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dalam kenyataannya berkata, Norizman disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 4.50 petang.

"Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat dan pasukan perubatan penuh. Pihak hospital telah melakukan usaha terbaik namun beliau gagal diselamatkan," kata kenyataan itu.

Allahyarham memulakan karier dalam perlumbaan Cub Prix pada 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada 2005 dan 2011.

Berikutan insiden itu, penganjur Safe Aim Mutual Sdn Bhd selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan semua pelumba, memutuskan untuk membatalkan perlumbaan yang dijadualkan hujung minggu ini sebagai tanda hormat ke atas kematian Allahyarham. - Bernama


Read more at http://www.mstar.com.my/sukan/f1-dan-motor/2017/05/05/norizman-ismail-maut/#rPzawh2yu2YKPjKy.99
 
video ade x tt
 
pernah jumpa arwah kat cubprix taiping..
innalillah.. muda lagi..
 
warga ONEXOX mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.. semoga tabah..
 
Jenazah pelumba Cub Prix selamat dikebumikan

image.jpeg

JENAZAH Norizman Ismail dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan, Seremban pagi ini. - UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 6 Mei - Jenazah pelumba Cub Prix, Norizman Ismail yang maut dalam kemalangan ketika sesi ujian masa di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu semalam selamat dikebumikan di kampung isterinya dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Kira-kira 200 orang menghadiri upacara pengkebumian jenazah mangsa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan termasuk isterinya, Nurul Aida Adha Raduan, 27, dan tiga anaknya.


Norizman, 32, yang merupakan penunggang pasukan OneXoX TKKR Racing disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di sebuah hospital di Terengganu pada pukul 4.50 petang. 


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Malaysian Cub Prix semalam, Norizman terjatuh ketika melalui satu selekoh di litar kejohanan itu semasa menjalani sesi ujian masa. 


Pihak penganjur memutuskan untuk membatalkan perlumbaan di Kemaman tersebut bagi menghormati kematian Norizman.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nah...ix-selamat-dikebumikan-1.478153#ixzz4gHK3BMSl
 
Salam takziah kpd keluarga mangsa.

Dan kami nak tahu kenapa selekoh tu berbahaya.
 


Norizman, 32 tahun yang menunggang untuk pasukan OneXoX TKKR Racing disahkan meninggal dunia di hospital.

KUALA LUMPUR: Penunggang Cub Prix, Norizman Ismail maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi ujian masa di Bandar Baru Kijal, Kemaman.

Norizman, 32, yang menunggang untuk pasukan OneXoX TKKR Racing disahkan meninggal dunia di hospital.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Malaysian Cub Prix, Norizman terjatuh ketika berada di selekoh satu dan diberikan rawatan segera.

“Jam 3.55 petang Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan penuh. Jarak hospital kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan.

“Pihak hospital melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 4.50 petang, hari Jumaat, 5 Mei 2017,” kata kenyataan itu.

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.
+++++++++++

SEREMBAN: Jenazah pelumba CP150, Norizman Ismail yang maut selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi ujian masa pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, semalam, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan di sini.

Bapa mertua Allahyarham, Raduan Ahmad, 64, berkata jenazah Norizman, 32, pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing, tiba dikediamannya pada pukul 7.20 pagi dan akan disembahyangkan di surau Taman Nuri Bayu 2, dekat sini, sebelum dikebumikan sebelum Zohor.

Arwah yang memulakan karier di Cub Prix pada 2004 dan merangkul gelaran juara kelas perdana sebanyak dua kali pada 2005 dan 2001, meninggalkan seorang isteri, Nurul Aida Raduan, 27, dan tiga orang anak.

"Arwah memang seorang yang sentiasa berusaha, kalau sekadar pengalaman sahaja dia tidak akan capai satu kejayaan," kata Raduan, yang juga pembimbing pelumba pasukan itu, kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Selain Norizman, beliau juga sebelum ini pernah melatih pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan beberapa pelumba cub prix lain seperti Zamri Baba dan Azlan Shah Kamaruzaman.

" Walaupun pasukan ini baru ditubuhkan setahun setengah tetapi telah menunjukkan prestasi membanggakan dan dengan adanya arwah dalam pasukan ini, dialah yang membimbing pelumba-pelumba muda ini.

Raduan dalam pada itu menyifatkan menantunya itu merupakan seorang pelumba yang mempunyai semangat kental dan bercita-cita tinggi dalam setiap perlumbaan yang disertainya.

Norizman disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 4.50 petang ketika mendapatkan rawatan di hospital di Kemaman.

Allahyarham mengalami kecederaan parah selepas terjatuh di selekoh pertama pada sesi ujian tersebut.

Berikutan insiden itu, penganjur Safe Aim Mutual Sdn Bhd., membatalkan perlumbaan yang dijadualkan hujung minggu ini sebagai tanda hormat kepada pelumba itu.

Sementara itu, Pengurus pasukan ONEXOX TKKR, Alizan Tambi menyifatkan arwah sebagai seorang yang berdisiplin dan mempunyai komitmen tinggi dalam sukan permotoran.

"Komitmen beliau memang kita tak nafikan dan dia akan membuat sesuatu untuk mencapai kemenangan. Beliau seorang pelumba yang mempunyai semangat jitu untuk memenangi apa-apa kejohanan yang disertai," katanya dalam nada sebak.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register