hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
SABAH 07/12/2023
Kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk lori 10 tan dan lori penarik kereta di Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud, tengah hari tadi.
Kemalangan melibatkan lapan mangsa dengan lima daripadanya mengalami kecederaan manakala tiga lagi selamat.
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. - Info X
Kredit: INFO X
KEMALANGAN 3 KENDERAAN DI KOTA BELUD, 5 TERCEDERA
7.12.2023: JBPM Negeri Sabah menerima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 1.22 petang yang berlaku di Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud, Sabah.
Pasukan Bomba daripada BBP Kota Belud seramai 10 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan tersebut.
Komander Operasi, PPgB Muhammad Syazwan bin Latun iaitu Ketua Balai, BBP Kota Belud melaporkan, kemalangan berlaku apabila 3 buah kenderaan telah bertembung iaitu, pacuan 4 roda Isuzu DMax, Lori muatan 10 tan dan Lori Towing.
Terdapat 8 mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut, di mana 5 mangsa yang menaiki Isuzu DMax kesemuanya telah tercedera. Manakala, 3 lagi mangsa dilaporkan terselamat.
Kesemua mangsa yang cedera telah menerima rawatan awal daripada Pasukan Unit EMRS sebelum dihantar ke Hospital dengan menaiki Jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut.
- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia