BTC USD 82,920.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keluarga aku semua baik-baik!

Adakah anda boleh melihat masa hadapan?


  • Total voters
    0

rizalstudio

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jan 8, 2009
Messages
2,668
Reaction score
690
Points
71
Jangan taksub dengan pendirian kita. Setiap manusia akan diuji Allah dengan pelbagai cara walaupun kita rasa kita betul segalanya.

Bila datangnya ujianNYA,

Perkara yang tak pernah kita buat, kita akan buat.

Perkara yang tak pernah kita sangka, akan terjadi.

Belum tentu apa yang kita doakan, Allah akan kabulkan di dunia.

Sebab kita mampu meramal tetapi kita tidak mampu melihat masa hadapan. Hari ini kita bangga dengan pencapaian kita belum tentu akan datang keadaan ini akan kekal. Hari ini kita rasa bahagia dengan kerjaya, pasangan dan keluarga kita belum tentu esok Allah tak kan berikan ujian untuk menguji kesabaran dan ketakwaan kita?

Semua manusia tidak terlepas dari ujianNYA.

Ingatkah kisah Aishah r.a difitnah Abdullah bin Ubay, Mistah bin Athathah, Hassan dan Hamnah, sepupu Zainab binti Jahsy?? Sehingga Rasullullah bersikap dingin dengannya?

Ingat tak kisah Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq menyihir Rasulullah s.a.w? Sehingga Rasullullah s.a.w sakit tenat.

Kisah Nabi Ayub diuji dengan kesakitan sehingga semua ahli keluarga dan orang kampong memulaukannya

Jadi apatah lagi kita hambaNYA yang lagi daif?

Oleh itu berfikiranlah positif dan terbuka kepada sahabat dan saudara yang lain sebab kita tidak pernah tahu cerita sepenuhnya. Tiada manusia ingin menjadi jahat kecuali kita melihat dia jahat.

Syurga dan neraka bukan kita yang tentukan dan berdakwah bukan terbatas kepada mereka yang baik-baik sahaja. Bak kata ustaz, pelacur yang tengah melacur pun boleh berdakwah kepada rakannya untuk menutup aurat.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan

جاڠن تعصوب دڠن ڤنديرين كيت. ستياڤ مأنسي اكن داوجي الله دڠن ڤلباڬاي چارا والاوڤون كيت راس كيت بتول سڬالاڽ.

بيلا داتڠڽ اوجينڽ،

ڤركارا يڠ تق ڤرنه كيت بوات، كيت اكن بوات.

ڤركارا يڠ تق ڤرنه كيت سڠك، اكن ترجادي.

بلوم تنتو اڤ يڠ كيت دعاكن، الله اكن كابولكن د دنيا.

سبب كيت ممڤو مرامل تتاڤي كيت تيدق ممڤو مليهت ماس هادڤن. هاري اين كيت بڠڬ دڠن ڤنچڤاين كيت بلوم تنتو اكن داتڠ كادأن اين اكن ككال. هاري اين كيت راس بهاڬيا دڠن كرجاي، ڤاسڠن دان كلوارڬ كيت بلوم تنتو ايسوق الله تق كن بريكن اوجين اونتوق مڠوجي كصبرن دان كتقوأن كيت؟

سموا مأنسي تيدق ترلڤس دري اوجينڽ.

ايڠتكه قيصه عايشه رضي الله عنه دفتنه عبدالله بن اوباي، ميسته بن اتهتهه، حسن دان همنه، سڤوڤو زينب بنت جهش؟؟ سهيڠڬ رسول الله برسيكڤ ديڠين دڠنڽ؟

ايڠت تق قيصه لابيد بن اكسام دري بني ذورايق مڽيهير رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ سهيڠڬ رسول الله صلى الله عليه وسلم ساكيت تنت.

قيصه نبي ايوب داوجي دڠن كساكيتن سهيڠڬ سموا اهلي كلوارڬ دان اورڠ كامڤوڠ ممولاوكنڽ

جادي اڤاته لاڬي كيت همباڽ يڠ لاڬي ضعيف؟

اوليه ايت برفيكيرنله ڤوسيتيف دان تربوك كڤد صحابة دان ساودارا يڠ لاين سبب كيت تيدق ڤرنه تاهو چريتا سڤنوهڽ. تياد مأنسي ايڠين منجادي جاهت كچوالي كيت مليهت دي جاهت.

شرڬ دان نراك بوكن كيت يڠ تنتوكن دان بردعوة بوكن ترباتس كڤد مريك يڠ باءيق-باءيق سهاج. بق كات استاذ، ڤلاچور يڠ تڠه ملاچور ڤون بوليه بردعوة كڤد راكنڽ اونتوق منوتوڤ عورة.

تيدق اد انسان سوچي يڠ تيدق ممڤوڽاءي ماس لمڤاو دان تيدق اد انسان يڠ بردوسا يڠ تيدق ممڤوڽاءي ماس دڤن
 
Back
Top
Log in Register