BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keluar Malaysia Cadangan *****

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
7,966
Joined
May 12, 2011
Messages
7,966
Reaction score
1,568
Points
156
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata cadangan supaya Sarawak dan Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia adalah satu idea *****.

Beliau berkata selepas 51 tahun penubuhan Malaysia, adalah malang masih ada yang cuba membawa cadangan tersebut.

"Mereka yang membawa idea tersebut adalah minoriti. Mereka bawa idea ***** sedangkan majoriti rakyat mahu terus kekal.

"Selepas 51 tahun menyertai Malaysia sebagai rakyat merdeka, penduduk negeri ini sudah maju, percaya kepada diri sendiri, bangga dengan negerinya, kembali memperoleh maruah yang hilang (akibat kolonialisasi)," katanya semasa berucap pada Sambutan Perayaan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Kebangsaan, di Dataran Kipas malam ini.
Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir menyempurnakan majlis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara kenamaan yang menghadiri majlis berkenaan.

Adenan berkata dari segi perubahan, rakyat negeri ini juga sudah mengalami pelbagai perubahan sejak menyertai Malaysia dari segi sosial, ekonomi, politik dan kemudahan asas.

"Melihat kepada kehadiran ribuan pengunjung yang memenuhi Dataran Kipas sempena sambutan perayaan Hari Malaysia, jelas menggambarkan betapa mereka cintakan Malaysia.

"Dalam tempoh 70 tahun, saya tidak pernah melihat ramai orang berkumpul di satu tempat. Malam ini mungkin 30,000-40,000 orang hadir memeriahkan sambutan.

Katanya, kehadiran beramai-ramai in adalah cara mereka merakamkan rasa cinta kepada negara, bangsa dan semua rakyat Malaysia. – Bernama, 16 September, 2014.

Adenan_Satem7.jpg
 
smalam dia cakap bo.doh kat tv.. aahahhaa
 
marh bonar pak menteri
 
Dores jones di sarawak yg lantang..siap mintak tlg israel lagi tlg utk berpisah dr mesia..hantar aje komando kasi setel puak2 ni
 
"Selepas 51 tahun menyertai Malaysia sebagai rakyat merdeka, penduduk negeri ini sudah maju, percaya kepada diri sendiri, bangga dengan negerinya, kembali memperoleh maruah yang hilang (akibat kolonialisasi)," katanya semasa berucap pada Sambutan Perayaan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Kebangsaan, di Dataran Kipas malam ini.

Bukan semua daerah pon maju...Sarawak & Sabah patut dapat lebih lagi yang ada sekarang..
Hasil bumi mereka banyak & tinggi
 
tiap2 kali bajet mmg sabah n sarawak dapat [aling banyak..
tp peminpin kat sana yg songlap terlebih banyak..
tu psal la tak sampai pd rakyat..
 
sana mmg lebih maju..lebih maju dari segi songlap menyonglap
 
tiap2 kali bajet mmg sabah n sarawak dapat [aling banyak..
tp peminpin kat sana yg songlap terlebih banyak..
tu psal la tak sampai pd rakyat..

songlap2 pon dorg tetap sokong org yg sama..
padahal dah lama tau org tu songlap..
heran aku ~X(
 
Back
Top
Log in Register