strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Tarikh: December 31, 2013
KOTA BHARU - Akibat dituduh mencuri di rumah kenalan sendiri, seorang kelindan lori cedera di kepala dan paha kiri selepas terkena libasan kelewang oleh rakannya itu dalam kejadian di Jalan Hamzah di sini, pagi kelmarin.
Sebelum itu, lelaki yang berusia 30 tahun itu berselisih faham dengan dua rakannya mengenai satu kejadian pecah rumah, milik salah seorang daripadanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, mangsa sebelumitu pergi ke rumah kenalan yang dipanggil Abang Za, berikutan tidak berpuas hati selepas lelaki itu dikatakan menuduh mangsa pecah masuk ke rumahnya.
“Tidak lama kemudian, datang pula kenalan Abang Za dikenali sebagai Jebon memaksa pengadu supaya menyerahkan kembali barangan curi tersebut, sebaliknya pengadu menafikan dia terlibat dalam kejadian itu.
“Mereka bagaimanapun enggan mempercayainya dan mengugut memotong kaki serta tangan pengadu menyebabkan keadaan bertukar tegang lalu Jebon bertindak menghayun kelewang dan kena pada kepala serta paha kiri pengadu,” katanya kepada pemberita, semalam.
Menurutnya, mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan berada dalam keadaan stabil serta hanya mengalami* luka ringan.
“Suspek sudah dikenal pasti dan tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.