BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelewatan Bawa Tambahan Kos, Pantau Rapi Kemajuan Lebuhraya Pan Borneo Di Sabah - Salleh

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146

Kelewatan Bawa Tambahan Kos, Pantau Rapi Kemajuan Lebuhraya Pan Borneo Di Sabah - Salleh​

a9ef3dbd46548363793ab29bc8ad6a195efaed4d0593f


Kelewatan projek, terutamanya Lebuhraya Pan Borneo di Sabah bukan sahaja meningkatkan kos tetapi juga melambatkan manfaat ekonomi dan sosial yang penting kepada rakyat, kata Ketua Merinyu Projek Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau mengulangi komitmennya untuk memantau pelaksanaan projek lebuh raya itu dengan teliti bagi memastikan akauntabiliti semua pihak yang berkepentingan, kerana menegaskan seharusnya tiada ruang untuk kelewatan yang boleh dielakkan.

Beliau berkata garis masa dan sasaran yang jelas telah ditetapkan untuk projek infrastruktur mega itu dan tanggungjawab kini ialah memastikan setiap pakej disiapkan mengikut jadual yang ketat.

“Setiap kelewatan ada kosnya. Ia meningkatkan perbelanjaan projek dan melambatkan manfaat ekonomi serta sosial yang wajar dinikmati rakyat Sabah. Garis masanya jelas. Sasarannya diketahui. Rakyat Sabah mengharapkan hasil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salleh berkata beliau akan terus bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor dan agensi kerajaan berkaitan untuk menangani sebarang isu yang menjejaskan kemajuan projek di lapangan dengan segera.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas lawatan pemeriksaan tapak bersama-sama pegawai JKR, kontraktor dan agensi kerajaan terlibat, dengan Salleh memaklumkan beberapa pakej kerja utama di bawah Fasa 1A menunjukkan kemajuan menggalakkan.

Beliau berkata Pakej Kerja (PK) 3, 4, 10 dan 29 kini berada di laluan untuk memperoleh Certificates of Partial Completion (CPC) dalam tahun ini.

“Satu pencapaian penting telah dicapai di bawah PK4, iaitu pembukaan jalan berkembar empat lorong baharu antara Jejambat Bongawan dan Jejambat Benoni pada 15 Jun yang dijangka meningkatkan aliran trafik dan keselamatan jalan raya dengan ketara,” katanya.

Selain itu, beliau berkata skop kerja asal PK6 dan PK7 dijadualkan siap dan mencapai status CPC menjelang Oktober, sekali gus membuka secara rasmi laluan yang menjangkau dari Jejambat Putatan hingga Persimpangan Sepanggar.

 
Back
Top
Log in Register