BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan teh halia

Fiezpro84

Super Active Member
gem
Messages
5,410
Paid Membership
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,410
Reaction score
645
Points
151
Selain air teh tarik, air teh halia menjadi minuman kegemaran di kalangan penduduk Malaysia. Kalau dilihat secara luaran tidak ada perbezaan antara air teh tarik dengan dengan air teh halia kerana cara penyediaannya adalah sama, cuma air teh halia ditambah halia sama ada air halia segar atau halia serbuk. Apabila dirasa barulah tahu perbezaannya. Terdapat juga berbagai jenama teh halia segera 3 dalam 1 di pasaran.

th


Kenapa air teh halia digemari ramai?

Selain dipercayai mampu buang angin badan dan pelbagai khasiat kesihatan yang lain, halia yang ditambah dalam air teh susu juga memberi rasa yang sedap dan melegakan semasa meminumnya.
Di antara kelebihan teh halia ialah:

1. Membuang angin dalam badan, terutamanya bagi mereka yang banyak angin.

2. Mengurangkan stres.

3. Membantu mengurangkan masalah pernafasan yang biasa.

4. Membantu peredaran darah yang normal.

5. Mengurangkan rasa mabuk dalam perjalanan

6. Merawat sakit perut.

7. Meningkatkan sistem imun badan.

8. Mengurangkan keradangan.
 
Dah lama xpekena nih...sok leh pekena nih sambil mkn nasik lemak.masyukkk.....pergh lapaq le plak...
 
buang angin. best ooo kentut dalam opiz. errr :))
 
memang selalu kene.. gian beb,.haha
 
teringat mase kecik banjir besar kat KL...
diorang bagi minum teh halia...
perggg segar badan lepas minum teh halia..
sejuk hilang panas jer badan lepas minum..
 
aku tak suka teh halia yang serbuk. perit tekak nak telan. dan aku tak berapa percaya 3 in 1 punya pengeluaran.

selalunya aku order teh tarik halia original kasi tumbuk. bukan hiris.

baru sedap.
 
aku tak suka teh halia yang serbuk. perit tekak nak telan. dan aku tak berapa percaya 3 in 1 punya pengeluaran.

selalunya aku order teh tarik halia original kasi tumbuk. bukan hiris.

baru sedap.

:)cgrock:)cgrock
 
Pergh...Tolong syorkan mana tempat terbaik beli Teh Halia ni Tuan...
 
Back
Top
Log in Register