BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan Si Tangan Kidal

Lefhanded selalu didiskriminasi...:((

terutamanya time blaja...xder ke meja utk lefthanded. Susah nak nulis wehhh...:(scam:(scam

oh meja yg tu ek..
asalkan ade ruang utk menulis
no problem..biasa la time2
exam :)
 
same je kiri ke kanan....terpulang pade diri masing2 tol taak
 
anak aku pula ... boleh menulis tangan kanan dan juga kiri .. penat tgn kiri, tukar tangan kanan ... penat tgn kanan tukar tgn kiri ... yg bestnya .. tulisan tangan kanan dan kiri serupa je ... cikgu dia pun pelik .... tapi nak menulis serentak 2 2 tangan tak boleh ...
 
aku mengunyah guna gigi kiri semenjak first time tampal gigi masa drjh 2 dulu...hiiii
 
aku mengunyah guna gigi kiri semenjak first time tampal gigi masa drjh 2 dulu...hiiii

heh tu lain..kalau membuat sesuatu lebih cenderung
belah kiri tu bole consider kidal la kot :D
 
Fakta Orang Yang Menggunakan Tangan Kiri Dan Tangan Kanan

kidal.jpg



Statistik

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia.

Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.


Punca tangan kidal

Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata.

Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran.

Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan di mana hanya seorang sahaja yang kidal di dalam keluarga tersebut.

Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi di dalam kandungan.


Kelebihan

Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan.

Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi.

Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif.

Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.



Sumber
 
Back
Top
Log in Register