Aku ada kisah sedikit pasal tangan kidal ni
Ceritanya mengenai anak buah aku iaitu budak lelaki umur 10 tahun (sekarang ini).
Dia ni masa kecil lagi memang dilahirkan kidal, semua benda dia akan pegang menggunakan tangan kiri.
Dari mula menulis masa di tadika pun guna tangan kiri, sampaikan mula masuk darjah satu.
Semasa darjah satu pernah terjadi satu kes guru kelas anak buah aku ni perasan yang budak ni menulis guna tangan kiri, terus cikgu tu paksa budak ni menulis secara normal iaitu guna tangan kanan. Kalau cikgu ni nampak budak ni menulis kidal, dia akan didenda.
Balik rumah menangis lah budak ni ngadu dekat bapak dia (abang aku), pasal hal cikgu ni. Mengadu sebab susah nak tulis guna tangan kanan dan tulisan jadi hodoh

).
Sampaikan abang aku terpaksa datang sekolah terangkan hal sebenar pada cikgu tu, yang anak dia ni bukan nak guna tangan kiri saja-saja je. Tapi dan semulajadi nak buat macam mana kan?
Bila dah dengar penerangan dari abang aku, terus cikgu tu boleh terima. Tapi kata anak buah aku tu kadang2 cikgu tu jeling-jeling jugak hehehe
Pelik jugak kan, ada jugak manusia yang nak ubah kesemuljadian orang kidal ni


