BTC USD 83,337.4 Gold USD 4,148.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan Ramadhan dan hari-harinya =)

nurul2109

Fun Poster
Messages
927
Joined
Oct 19, 2012
Messages
927
Reaction score
155
Points
28
Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:
‘Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadhan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya’ .

Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadhan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadhan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertamaDosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam keduaDosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketigaDipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ‘.

Malam keempatPahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelimaPahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenamSeperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuhSeperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.

Malam kelapanDiberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilanSeperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluhDikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelasBersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belasMuka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belasDatang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belasDisaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belasDiminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belasDibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belasDiberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belasDiseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada
orang tuamu.

Malam kesembilan belasDiangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluhDiberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam ke dua puluh satuDibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh duaDi hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tigaDibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empatPahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh limaDihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enamPahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuhDapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapanAllah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilanSeperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluhDipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Subhanallah..Hebatnya ganjaran yang ALLAH bagi kepada kita andainya puasa kita setiap hari di bulan RAMADHAN, DITERIMA oleh ALLAH SWT.

Sesungguhnya kita berpuasa dengan penuh ketakwaan (yakni ketakutan) kepada ALLAH akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai…insyaALLAH!

Tapi jika kita berpuasa tanpa takwa kepada ALLAH, dikhuatiri puasa kita itu akan menjadi SIA-SIA sahaja


dah check tapi xder ---kalau ada maaf yer
 
salam TT..
harap berhati2 dengan thread ni sbb ini dah difatwakan palsu oleh JAKIM sbb tiada sumber yang boleh disahkan. jika benar la pasal ni kita boleh pilih hari2 yg kita nak untuk solat terawih.

http://ustazfathulbari.wordpress.co...arawih-pada-malam-pertama-hingga-malam-ke-30/

http://www.abuanasmadani.com/?p=1141
for my concern.. sbb takot ada yang ambil bulat2.

owh maaf..saya terbaca di blog, so ingat nak share dgn CG..

note: kepada sesiapa yg was-was sila buat research sendiri yer..

maaf sekali lagi.
 
Back
Top
Log in Register