BTC USD 81,268.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan Khatan dari sudut Perubatan

tahajjud

Fun Poster
Messages
281
Joined
Jun 28, 2013
Messages
281
Reaction score
370
Points
31
Khitan secara harfiyah bermaksud memotong dan secara maknawinya bererti memotong kulup (kulit bahagian hujung zakar) bagi lelaki. Manakala bagi perempuan memotong sebahagian kulit diatas farji wanita.

Khitan merupakan anjuran Rasulullah saw kepada umatnya sebagaimana disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra

“Barangsiapa memeluk agama Islam hendaklah dia berkhitan walaupun sudah dewasa”

Amalan berkhitan ini telah dilaksanakan sejak dizaman Nabi Ibrahim as . Ianya juga bererti kembali kepada fitrah sepertimana didalam hadis

“Fitrah manusia itu ada lima iaitu khitan, mencukur bulu kemaluan, memcabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur misai”

(Hadis Bukhari)

khatan

Fitrah bermaksud kembali kepada kesucian yang unsurnya terdiri dari benar, baik dan indah.

Kebanyakkan ulama berpendapat khitan itu perlu dilakukan sebelum anak itu baligh. Ini adalah kerana berkait dengan kebersihan seperti ibadah solat misalnya. Untuk melaksanakan solat adalah penting untuk kita mempastikan pakaian tempat solat serta tubuh badan kita bersih dan suci dari segala hadas termasuk hadas kecil jadi dengan berkhitan lebih menjamin kesempurnaan solat.

Rasulullah saw sendiri mengkhitankan cucunya selepas 7 hari dilahirkan

“Rasulullah Sholallahu ‘alaihi wassalam telah mengakikahi Al Hasan dan Al Husain dan mengkhitani mereka pada hari ketujuh (dari kelahiran mereka).”

(Hadis Riwayat al Baihaqi)

Terdapat banyak kelebihan berkhitan yang telah ditemui pada hari ini sehingga Badan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan berkhitan sebagai salah satu cara mengurangkan risiko HIV.

Menurut Jenz Brog seorang pengkaji di Amerika Syarikat menyatakan bahawa Penyakit Jangkitan saluran kencing dihidapi oleh 95% orang yang tidak berkhitan. Manakala kajian yang dilakukan oleh Dr Coin mengatakan bahawa khitan pada budak kecil memudahkan untuk membersihkan alat kelamin seterusnya mencegah dari terkumpulnya kuman di alat kelamin.

Dr. Ferguson mengatakan bahawa risiko penyakit phemosis (jangkitan pada kulit penis) lebih tinggi kepada mereka yang tidak berkhitan jika dibandingkan dengan mereka yang telah berkhitan.

Sebuah majalah perubatan BMG iaitu pada tahun 1986 pernah memuatkan artikel mengenai kanser kelamin dan penyebabnya dan diantara isinya ialah:

“Bilangan kanser kelamin sangat kecil terjadi di kalangan orang-orang Yahudi dan muslim. Ini adalah disebabkan mereka mengkhitankan anak-anak mereka sejak kecil lagi. Dan dari statistic menunjukkan bahawa kanser kelamin yang terjadi dikalangan orang Yahudi sangat rendah iaitu sembilan pesakit sahaja setahun.”

Di dalam Journal of Infections Diseases berdasarkan hasil penelitian menemui bahawa khitan dapat menurunkan risiko infeksi HPV (human pappiloma virus) sebanyak 33% bagi lelaki yang menghidap HIV negative dan sebanyak 23% bagi lelaki yang terkena HIV positif. Kajian ini dilakukan kepada 210 lelaki yang terkena HIV positif dan 840 lelaki yang menghidap HIV negative dengan usia dalam lingkungan 15-49 tahun.

Selain itu, khitan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang menjauhkan dari infeksi ini dikuatkan lagi dengan penemuan oleh Drs Raphael V. Viscidi dan Keerti V. Shah dari Johns Hopkins University dimana mereka mengatakan penurunan jangkitan HPV adalah berkadar terus dengan pelaksanaan khitan.

Inilah diantara kelebihan dan hikmah melaksanakan khitan yang di tuntun didalam islam. Semoga penemuan ini dapat membuka mata kita mengenai rahsia syariat islam seterusnya dapat menambah keyakinan dan keimanan kita terhadap Allah swt.

sumber:http://tahajjud.net/kelebihan-berkhatan-dari-sudut-perubatan/
 
Back
Top
Log in Register