saya student kelas ni, join 20-10-09.
Memang susah nak dapat feedback student gem ni sebab cikgu larang muridnya gi forum, tapi saya yang dah biasa forum dari 1998 susah nak tinggal habit..
Saya kenal forex dari 1994 dan memang dah biasa dengan teknikal analisis, banyak buku yg saya baca waktu tu, cuma takde lagi fx online waktu tu kat m'sia.. yg ada kloffe dan comdex.
Ada juga office2 yg cari customer utk fx acct, saya tahu scam. cuma saya biasa berniaga futures dan apply i.p.o saham je.
1st time saya google pasal fx kelas pada awal tahun 2009 feb, kelas gem2008 ni pop up dan saya baca ngan teliti.. my first impression kemungkinan besar kelas ni scam..
lepas tu saya pangkah dan tak jadik mendalami perniagaan ni, tak tahu mana arah nak tuju untuk mula langkah pertama.. saya pun menyimpan keinginan berniaga fx ketepi..
selang 2 bulan kemudian ibu saya kol menceritakan seorang cikgu sebelah kedai makannya meniaga fx, dah clear hutang, beli tanah tepi pantai.. pernah menangis depan laptop 3 kali sebelum masuk kelas ni..
ibu lah yg selalunya no 1 melarang saya join bende2 ni.. tapi hari tu lain, dia pula yg suruh saya ikut belajar.. 5 bulan saya kata "ok, mak, nanti saya kol"
kali terakhir sebelum gi kelas "ibu kata dia nak bayar kan kelas tu untuk saya" tak sampai hati pulak nak amik duit ibu, saya kata "takpe mak, saya gi kelas ni ngan duit sendiri, tapi kalau scam saya bagi tau"..
dalam hati saya "kalau ibu yg selama ni melarang saya join, tapi kali lain.. mesti ada sebab" itu yg mengerakkan saya untuk pegi..
ramai kawan yg saya hantar gi.. tak semua berjaya pada mulanya.. bukan kerana teknik.. tapi tamak dan barulah saya sedar rezeki itu ditentukan tuhan..
1 resepi.. 10org berbeza.. takan sama resultnya..yg ikut, tiap bulan dapat extra income.. yg tak.. tahu dalam hati, diri tu tamak nak cepat kaya..
untuk student gem lain.. kalau perkara tu baik, baik kita bersuara (dlm forum walau cikgu larang) jangan kita biarkan fitnah berterusan.. Salam..