akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Kelantan negeri pertama lancar E-dinar, dirham
April 4, 2022
DINAR dan dirham Kelantan nama yang tidak asing dalam industri emas dan perak di Malaysia. Selepas pelancarannya edaran dinar dan dirham sampai ke Asia dan Timur Tengah.
Malah melangkah lebih jauh pada tahun 2020 sehingga ke Acheh, Jakarta, Hong Kong dan Australia.
Dinar adalah syiling emas dengan berat 4.25 gram dan berketulenan 917, manakala dirham merupakan syiling perak seberat 2.975 dengan berketulenan 999.
Ia produk kerajaan Kelantan melalui anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan iaitu Kelantan Gold Trade (KGT).
Malah Kelantan merupakan negeri pertama mengeluarkan dinar dan dirham bagi kegunaan masyarakat yang dilancarkan pada tahun 2006.
KGT menjalankan kajian bagi menambahbaik produk dan penggunaan dinar dan dirham melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan agensinya, peniaga, pemain industri serta institusi pendidikan.
Usaha itu bagi merealisasikan usaha kerajaan negeri untuk memberi manfaat kepada rakyat melalui penyimpanan dinar dan dirham.
KGT turut melancarkan program bagi memudahkan pengguna membuat simpanan dengan nilaian serendah RM20 bagi mendapatkan dinar dan dirham Kelantan serta produk emas sampingan di KGT.
Program “Simpan, Tukar Emas & Perak (STEP)” merupakan inisiatif simpanan era baharu untuk mengalihkan simpanan fiat kepada emas. Program tersebut memanfaat teknologi terkini melalui sistem atas talian.
Fungsi utama STEP untuk menggantikan kaedah operasi tradisional. Pengguna Dinar Dirham menerusi platform STEP berpeluang menyimpan dinar dan dirham di KGT dengan caj yang rendah serta jaminan keselamatan tinggi.
Kaedah operasi sistem yang mesra memberi butiran dinar dan dirham yang disimpan di KGT. Pengguna dapat membuat transaksi seperti tukaran, jualan balik dan memindahkan kepada akaun STEP pelanggan yang lain.
Pada masa akan datang, KGT akan menambahbaik fungsi-fungsi sesuai dengan konsep KGT dalam menyediakan platform simpanan dalam bentuk dinar dan dirham kepada orang ramai dengan peluang muamalat serta perniagaan.
Bermula tahun 2022, KGT menerusi sistem yang dikenali sebagai E-DnD STEP yang akan mula berada di pasaran pada hujung Mei 2022.
Ia bakal tercipta fenomena baru menerusi pertambahan program dan perkhidmatan selari dengan konsep muamalat yang diperkenalkan KGT bagi merealisasikan agenda dan hasrat kerajaan negeri.
Menerusi sistem E-DnD, pelanggan akan diedukasikan dengan simpanan aset dinar dan dirham menerusi pembelian secara atas talian.
Kelebihan pemilik akaun E-DnD dapat bermuamalat dengan dinar dan dirham menerusi pindahan aset Dinar Dirham KGT dari akaun sendiri kepada pemilik akaun Dinar Dirham KGT yang lain bagi tujuan muamalat.
KGT membuat tawaran program muamalat kepada produk dan perkhidmatan yang dimiliki bagi tujuan memperluaskan produk dan perkhidmatan untuk dimuamalatkan.
Antara produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan melalui sistem E-DnD bagi tujuan muamalat merangkumi perkhidmatan umrah dan pelancongan, perkhidmatan pakej bersalin dan saringan kesihatan, Program Tabungan Mahar Perkahwinan, Program Tabungan Pendidikan dan produk-produk barang kemas perhiasan.
Setiap fungsi, perkhidmatan, perekodan, transaksi serta simpanan juga turut dipantau Jawatankuasa Panel Syariah Kelantan Gold Trade bagi memastikan setiap operasi sistem E-DnD patuh syariah dan bebas riba.
Program Tukar Perak Kepada Emas anjuran KGT berada di pasaran selama lebih lima tahun, di mana kebanyakan pelanggan meluahkan rasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Seramai 1,000 peserta berjaya membuat tukaran simpanan dirham kepada produk emas 1 gram KGT atau 1 dinar dan menikmati kelebihan hasil simpanan tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui laman sesawang rasmi KGTSB :www.kgt.com.my atau hubungi talian hotline KGT di 019-3521901. – HARAKAHDAILY 4/4/2022