BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelantan berkuasa

zul2400

Fun Poster
Messages
265
Joined
Jun 3, 2009
Messages
265
Reaction score
1
Points
15
PENYANDANG juara, Kelantan meneruskan penguasaan Liga Super dan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Bermula garang di babak pertama, deretan peluang tuan rumah bagaimanapun gagal disempurnakan barisan depan yang diterajui Norshahrul Idlan Talaha tetapi sebaik babak kedua bermula, penyerang kebangsaan itu memecah kebuntuan dengan menanduk masuk hantaran Indra Putra Mahyuddin (m-46).
Sorakan lebih 20,000 penyokong Red Warriors sekali lagi bergema pada minit ke-72 apabila kapten Mohd Badri Radzi melebarkan jaringan tuan rumah selepas memanfaatkan sepakan percuma untuk gol kedua Kelantan sebelum pemain importnya, Denny Antwi melengkapkan kemenangan pada minit ke-77.
Di Stadium Jalan Besar, Singapura, jaringan tunggal pemain import, Francis Forkey Doe pada babak kedua perlawanan sudah memadai buat Terengganu melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Lions XII.

Tuan rumah memiliki peluang untuk membuka jaringan pada minit ke-76 namun pemain gantian Agu Casmir sekadar menyepak bola melepasi palang gol ketika penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee sudah tertewas.

Sebaliknya kekalutan pada minit ke-79, Forkey Doe yang terjatuh akibat diapit dua pertahanan Lions XII pantas bangun untuk mencuri bola dan merembat leret menewaskan Izwan Mahbud untuk memastikan Terengganu pulang dengan tiga mata berharga.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, gol minit ke-78 Azidan Sarudin memastikan Selangor pulang dengan tiga mata penuh selepas menang tipis 2-1 ke atas T-Team.
Pemain import Selangor, Ramez Jamal Dayoub membuka jaringan pada minit ke-35 selepas menyempurnakan sepakan penalti, tetapi disamakan tuan rumah juga menerusi sepakan penalti kapten, Zairo Anuar Zailani (m-49) sebelum Azidan menanduk masuk pemusnah pada minit ke-77.

Di Stadium Darulaman, tuan rumah Kedah tewas 3-1 kepada Johor FC, bermula dengan penalti Azi Shahril Azmi (m-44) untuk Johor FC mendahului 1-0 pada separuh masa pertama dan dua gol lagi menerusi Riduwan Maon (m-65) serta Kaironisam Sahabudin (m-70). Gol tunggal tuan rumah dijaringkan Khyril Muhymeen Zambri (m-81).

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, gol sendiri Muhamad Khairan Ezuan Razali membantu Perak menewaskan FELDA United 2-1, dengan gol pertama menerusi Micheal Kubala (m-11) sebelum Farderin Kadir (m-35) menyamakan kedudukan dan Khairan tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-40.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak sekali lagi kempunan mengutip mata penuh selepas seri 2-2 menentang Negeri Sembilan malam tadi.

Dua kali ketinggalan, Sarawak bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang importnya yang tampil buat kali pertama, Kalle Sone (m-50) dan Zamri Morshidi (m-83) manakala Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi Ahmad Shakir Ali (m-45) dan Shukor Adan

SUMBER
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kelantanberkuasa/Article
 
tahniah.. masih hebat
 
terengganu juga tidak kurang hebatnya apabila mengekori rapat kelantan. peteh ganu peteh
 
tension aku tngok Lion12 main smlm,punye laa kuasai perlawanan,awat tak tibai je trgganu 10-0...adoi...yng pntng klantn menang gomo klate gomo,stadium hampir full,18000 penonton...skit agi nok full 20000
 
kelantan betul-betul berkuasa jika mengalahkan negeri sembilan.

balas dendam kekalahan piala sumbangsih;).
 
satu cabaran hebat buat kelate utk kekalkan kejuaraan liga super musim ni..
 
ingat berkuasa apa tadi sebab open thread ni..kemah keming kekalkan konsistensi
 
thread ntahapapa... update kat borak sukan sudah laa... berapa banyak thread nak bukak daa... beratkan server aje...
 
Back
Top
Log in Register