eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Setelah 16 tahun beroperasi sehingga menjadi satu ikon di kalangan penggemar makanan laut, Restoran Kelana Seafood Centre mengumumkan penutupan operasinya berkuat kuasa 30 April lalu.Pengurus Kanan Operasi Glomac Berhad, Fara Eliza FD Mansor ketika dihubungi enggan mengulas punca restoran terkemuka itu ditutup.
Beliau juga memberitahu, buat masa ini, pihaknya tidak merancang untuk membuka semula restoran itu di lokasi lain.Glomac merupakan pemegang saham Kelana Seafood bersama-sama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Utusan Malaysia difahamkan, restoran tersebut ditutup berikutan pemilik tapak restoran itu ingin mengambil semula tanahnya untuk dimajukan.Juga difahamkan, semua cawangan restoran yang pernah memenangi beberapa anugerah termasuk anugerah antarabangsa itu telah ditutup.
Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lebih lanjut boleh menghubungi Kelana Seafood Centre Sdn. Bhd di talian 03-78773776 dari Isnin sehingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 5 petang.
aku pernah makan yang kat bangi punya...idak leh best sangat pun...tapi sedia ler tengok melayu punya restoran hebat mcm tu pun tutup...agak2 sebab highway kot yg kasi kesan pada business dia orang nie