BTC USD 82,427.8 Gold USD 4,170.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kekecewaanku Kali Ke-2

Assalamualaikum...

Buat kali ke-dua aku merasa kecewa dengan Masjid Angkatan Tentera dan sistem Islam di Malaysia...

Kali ini, tadi aku seperti merasa berada didalam masjid Shiah di Syria sekali lagi...

Kerana apa?!

Dengan kejadian yang menimpa Syria dan Mesir, sepatutnya khutbah memetik kejadian yang semasa... tapi langsung tiada apa pun tentang kejadian yang sedang berlaku di Mesir (lupakan Syria kerana mereka dah buat macam ini sebelum ini) dikhutbah atau diulas!

Tetapi khutbah yang di[STRIKE]sampaikan[/STRIKE]bacakan adalah tentang Puasa Sunnah 6...

Tiba-tiba aku merasa sesuatu yang negatif tentang askar Malaysia yang mungkin bersifat seperti askar Mesir, Islam tetapi mungkin bertindak sesuatu terhadap kebangkitan Islam itu sendiri... musuh dalam selimut...

Tetapi aku tersentak - Teks khutbah dari JAWI/JAKIM/MAIWP...

Apakah Islam terpimpin di Malaysia ini akan berkekalan?

Apakah Malaysia mungkin mengalami sesuatu seperti saudara Islam kita di Mesir dan Syria?

Wallahu alam!

putrajaya ok jer...pasal mesir n penentuan kalimah Allah yang akan digunakan oleh pihak kristian...Penentuan akan ditentukan 22 ogos ni...
 
UTUSAN pon front page citer mesir hari ni.. ermmm :-?
 
Ok la kena topik sbb dlm syawal leh puasa 6..klu kena khutbah pasal cukai pintu lg sakit ati wooo...hehehe
 
Baginda bersabda, "Wahai manusia! Janganlah bercita-cita mahu bertemu musuh (kerana mahu menunjuk2), mintalah kepada Allah kebaikan (di dunia dan di Akhirat), apabila bertemu musuh, hendaklah kamu bersabar, ketahuilah bahawa Al_ jannah adalah dibawah bayang pedang. Kemudian Nabi berdoa seperti di atas. Riwayat al-Sahihain.
 
masjid sini smlm lps jumaat ada buat sunat hajat khas utk syria/mesir..
 
Semalam masjid kat taman berlian siap buat quote nazilah n solat hajat lagi...
 
Back
Top
Log in Register