kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Kejutan! Zaiton Sameon peserta ke-14 GV12 SHAH ALAM – Mencipta kejutan, penyanyi veteran Zaiton Sameon diumumkan sebagai peserta ke-14 Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) sewaktu sesi pengenalan peserta konsert minggu pertama yang berlangsung sebentar tadi.
Nama penyanyi yang popular dengan lagu Menaruh Harapan itu tiba-tiba diumumkan selepas 13 peserta GV12 diperkenalkan.
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak produksi GV12 mengenai pembabitan Zaiton sebagai peserta GV12.
Ada juga yang beranggapan kemunculan Zaiton hanyalah sebagai gimik untuk konsert pertama.
Sebelum ini 13 peserta GV12 yang diumumkan sewaktu sidang media ialah Nubhan, Rahmat Ekamatra, Shy8, Korie, Mark Adam, Iskandar Ismail, Ruri Repvblik, Mendua, Freshies, Shae, Datuk Elaine Kang, Mell Sakura dan Krisya. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala, Zaiton ni suka buat drama kan. Harap bukan gimik semata2. Lagi pun dia dah jarang2 perform live, boleh ke compete dgn yg muda2 ni? Tiber betul dia join GV12. Kita tunggu je lah.
Kejutan! Zaiton Sameon peserta ke-14 GV12
penyanyi veteran Zaiton Sameon diumumkan sebagai peserta ke-14 Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) sewaktu sesi pengenalan peserta
www.kosmo.com.my