BTC USD 85,498.7 Gold USD 4,177.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

keje kosong risda

fidofigo

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
724
Joined
Jul 6, 2009
Messages
724
Reaction score
0
Points
10
Kerjaya Di RISDA Plantation Cetak
Temuduga Jawatan Kosong (Walk-In 60 Calon)

Tarikh : 27 Oktober 2009 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Aras 3, Unit J, Excella Business Park

Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir

55100 Kuala Lumpur

RISDA Plantation mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berwibawa untuk menjadi warga kerja RISDA Plantation bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Penyelia Ladang

1.1 SPM/SPMV dan keutamaan kepada Sijil Institut Pertanian

1.2 Diploma Perladangan/ Pertanian dari Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

1.3 Memiliki lesen motorsikal/kenderaan

1.4 Memahami urusniaga/ core business RISDA Plantation

2. Eksekutif Ladang /Niagatani

2.1 Ijazah Pertanian dan bidang berkaitan dari Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

2.2 Diploma Perladangan/ Pertanian dari Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan.)

Cara Memohon

i) Permohonan terbuka kepada semua calon yang mempunyai kelayakan untuk menghadiri temuduga di atas;

ii) Sila bawa bersama semua sijil asal, transkrip asal dan semua dokumen yang berkaitan;

iii) Calon yang berminat hendaklah membuat permohonan dengan menghantar resume lengkap melalui alamat [email protected]amat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya sebelum 22 Oktober 2009 (Khamis) dan membawa sesalinan dokumen-dokumen yang telah disahkan pada hari temuduga tersebut.

iv) Calon hendaklah berumur tidak kurang 20 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

v) Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat di atas akan dipanggil temuduga dan terhad kepada 60 calon yang pertama sahaja.

vi) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran

RISDA Plantation Sdn Bhd

Unit J, Excella Business Park

Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir

55100 Kuala Lumpur

Tel : 03-4270 5724, 03-4270 5104, 03-4270 5174, 03-4270 5284,
 
kerja kosong .. sape nak kerja tu boleh apply..
 
alhamdulillah... janganlah lepaskan peluang keemasan ini. apa lagi ..yang mana masih mengganggur dan tengah tiada kerja...serbu jer lerr.. mana tahu..rezki anda ada di sana...semoga berjaya...
 
Back
Top
Log in Register