BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejar penjenayah 700 meter

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kee Choong menunjukkan laci di bahagian kaunter yang diselongkar suspek.
< 1 / 1 >
SEREMBAN – Seorang pemilik kedai kopi di Jalan Temiang dekat sini, bertindak berani mengejar penjenayah sejauh lebih 700 meter selepas kedainya dipecah masuk dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.00 pagi, Sabtu lalu.

Ho Cheng Thong 58, yang nekad memandu kenderaannya mengejar penjenayah terbabit sehinggakan motosikal yang ditunggang suspek dirempuh.

Bagaimanapun suspek berjaya meloloskan diri dan melarikan wang tunai lebih RM1,500.

Cheng Thong berkata, sebelum kejadian berlaku, dia bersama empat saudaranya termasuk isteri berada di kedai miliknya yang ketika itu sedang bersiap untuk membuka perniagaan.

“Sedang kami sibuk membuat persiapan untuk membuka kedai, saya nampak ada tiga lelaki menaiki dua motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Kemudian, salah seorang daripadanya masuk ke dalam kedai saya dan terus bertindak meragut beg sandang yang saya pakai. Namun, cubaannya untuk meragut gagal apabila saya berjaya halang dan memberi amaran kepadanya.

“Bagaimanapun, amaran saya kepadanya tidak diendahkan dan lelaki itu sekali lagi cuba meragut beg sandang saya dan berlaku sedikit perbalahan sehingga adik ipar saya, Foo Kee Choong, mendengar dari arah dapur,” katanya.

Dia berkata, selepas menyedari ada orang lain di kedai, suspek terus melarikan diri sebelum suspek yang sama datang semula ke kedai saya, dengan bersenjatakan kayu lima minit kemudiannya.

“Lelaki itu bertindak memecahkan cermin gerai di bahagian hadapan dan akibat daripada tindakan penjenayah terbabit serpihan cermin terbabit telah mengenai kepala isteri, adik ipar saya.

“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan lelaki itu terus membuka laci di bahagian kaunter sebelum melarikan wang tunai lebih RM1,500. Saya yang ketika itu nampak tindakan lelaki itu, terus nekad mengejarnya dengan kenderaan,” katanya.

Katanya, walaupun tidak berjaya menangkap suspek dan turut mengalami kerugian tetapi dia bersyukur kerana tidak melibatkan kehilangan nyawa keluarganya.

“Berikutan kejadian ini satu membuat laporan di Balai Polis Seremban 2,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kejar-penjenayah-700-meter-1.281615
 
kejar naek keta rupanya..

ingatkan lari baru dramatik sket..
 
wow..perompak dan gengster...
 
Back
Top
Log in Register