BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keith Foo Didenda RM100 Maki Polis

CL's

Legendary Member
gem
Messages
14,094
Paid Membership
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
Harian Metro hari ini melaporkan yang pelakon Keith Foo telah didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik pada bulan Mac 2015 yang lalu.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, dan memerintahkan pelakon drama bersiri Ariana Rose itu dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan bagi tujuan mengaibkan dan menghina iaitu: ‘Kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah *****’ terhadap seorang anggota polis trafik.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Davis arah bulatan Kampung Pandan, dekat sini pada 4.30 pagi, 15 Mac lalu. Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3/55 Pindaan 33/87 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

image.jpg
 
KUALA LUMPUR 25 Mei – Pelakon drama Ariana Rose, Keith Foo didenda maksimum RM100 selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengeluarkan perkataan yang meng*aib dan menghina seorang anggota polis trafik dalam satu sekatan jalan raya, pertengahan Mac lalu.

KEITH FOO di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, semalam.
Keith, 32, atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin didakwa mengeluarkan perkataan kesat ‘kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah, *****’ kepada anggota polis trafik, Faizul Amri Md. Zan dari Ba*lai Polis Trafik Jalan Bandar dalam satu sekatan jalan raya kira-kira pukul 4.30 pagi, 15 Mac lalu di Jalan Davis arah Bulatan Kampung Pandan di sini.
Pertuduhan terhadap pelakon lelaki yang mula menceburkan diri dalam dunia lakonan di Indonesia itu dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100.
Menurut fakta kes, pada masa, tarikh dan tempat kejadian, pihak polis telah menahan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz yang dipandu oleh tunangnya, Kim Raymond, 30, yang disyaki dalam keadaan dipe*ngaruhi alkohol.
Ujian alkohol mendapati wanita terbabit positif berada di bawah pengaruh alkohol dengan bacaan 203 miligram (mg).
Keith yang pada mulanya berada di dalam kereta kemudian telah keluar dari kenderaan terbabit dan mula mengeluarkan kata-kata kesat tersebut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd. Noor Nordin manakala Keith yang berkemeja putih dan berseluar hitam serta ditemani oleh tunangnya itu sepanjang prosiding, tidak diwakili peguam bela.
Pendakwa memohon agar satu hukuman yang setimpal dijatuhkan ke atas tertuduh kerana sebagai public figure pelakon itu perlu me*nunjukkan contoh yang baik kepada orang lain.
Ketika mengemukakan rayuan, pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa itu memohon maaf di atas kejadian yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Keith juga memberitahu, dia tidak sedar dengan apa yang dilakukan dan sangat menyesal dengan apa yang telah terjadi.
Majistret Nur Aminahtul Mardiah Md. Nor sebelum menjatuhkan hukuman sempat berpesan kepada Keith agar tidak lagi berkelakuan demikian terutamanya kepada pihak polis yang menjaga ke*amanan negara.
“Awak bernasib baik hanya didakwa atas kesalahan ini dan bukannya perkara lain. Pihak polis merupakan seseorang yang menjaga keselamatan negara dan awak perlu faham perkara itu,” kata majistret tersebut.
Beliau kemudian menjatuhkan hukuman denda maksimum dan penjara 10 hari sekiranya, penalti tersebut gagal dibayar.
Denda tersebut dibayar oleh Kim kira-kira pukul 1.13 petang.
Sementara itu, mungkin akibat keletihan dan trauma akibat ‘dipenjara’ di lokap mahkamah sementara menunggu denda dibayar, Keith enggan memberikan sebarang komen kepada pihak media selepas dibebaskan.
Pelakon terbabit sebaliknya ha*nya tersenyum dan memohon agar ruang privasinya dihormati serta memaklumkan akan memberikan kenyataan apabila sudah bersedia untuk berbuat demikian.
 
Cina bukit mana ni? Sampai popular dia kes maki polis
 
budget best laaa.. elok kena sumbat lokap je, duduk sehari dua dengan pesalah seks. br ko tau tinggi rendah langit...
 
maruah polis berharga RM100...
patut la ramai cina bukit tak takut dgn polis
 
Denda la lebih sket... + kerja amal bersih kawasan...
baru ada kesedaran..
 
Back
Top
Log in Register