Daripada 'Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: Nabi SAW jika ingin tidur pada setiap malam akan menadah tangannya lalu dihembuskan pada keduanya dan dibacakan padanya surah:
al-Ikhlas al-Falaq al-Naas
Kemudian Baginda menyapu pada kedua tapak tangannya itu ke bahagian badan (yang boleh dicapai) dimulai dengannya pada bahagian kepala. Muka dan bahagian depan badan Baginda dan Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.
Rasulullah SAW mengajarkan kita satu amalan penuh keberkatan sebelum melelapkan mata iaitu mengamalkan membaca 3 Qul: Surah al-Ikhlas, al-Falaq & al-Naas
Baginda meniupkan bacaan ke tapak tangan, lalu menyapukan ke seluruh tubuh bermula dari kepala hingga bahagian depan badan. Dilakukan sebanyak tiga kali setiap malam.
Amalan mudah, tetapi besar manfaatnya.
Mari kita hidupkan sunnah ini dalam kehidupan seharian.