BTC USD 62,097.0 Gold USD 1,768.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kehebatan Pemasaran Video

Joined
Aug 24, 2010
Messages
22
Reaction score
21
Points
8
Secara umumnya, semua mengetahui bahawa video juga merupakan alat pemasaran yang bagus untuk mempromosikan produk dan bisnes. Usahawan-usahawan internet di Malaysia pada ketika ini juga menggunakan video untuk memastikan mereka memperoleh pendapatan lumayan.

Namun begitu, masih ramai lagi yang masih lagi tidak mengetahui kehebatan pemasaran video. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan anda info ini dengan harapan ianya semoga ia memberi manfaat kepada anda:

• Kebolehan untuk mempamerkan kualiti bisnes anda

Para pelanggan perlu dan ingin mengetahui siapakah anda dan apakah bisnes anda. Video adalah alat terbaik untuk memenuhi keperluan-keperluan mereka ini.

• Membolehkan anda mendapat keputusan segera

Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox atau mailbox sehingga berhari-hari, kalaupun tidak dibuang terus.

• Membolehkan anda menyampaikan cerita dengan lebih baik

Video menawarkan satu peluang yang baik dengan mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan bisnes anda bukan memberitahu atau dengan makluman– orang ramai lebih cenderung kepada ‘menonton’ maklumat, bukan lagi ‘mendengar’ maklumat.

• Membolehkan anda mengelakkan diri dari terlibat dengan masalah duplikasi kandungan
Had duplikasi kandungan menjadi satu masalah kepada para peniaga Internet. Masalah duplikasi kandungan belum lagi berlaku pada video pengiklanan. Malah video masih lagi membantu untuk meningkatkan lagi posisi website atau perniagaan anda di keputusan enjin carian.

• Peluang untuk membekalkan kandungan yang berlainan setiap kali

Untuk mendapatkan posisi yang tinggi di Google, pemilik laman web hendaklah sentiasa memperbaharui kandungan di laman webnya. Menghasilkan artikel baru secara berjadual atau tetap semakin menjadi masalah dan memakan masa, jadi dalam hal ini video marketing boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.

• Kemampuan untuk mencuri tumpuan para pengunjung melalui cara baru. Jika para pengunjung sudah bosan dengan bahan-bahan bercetak, maka video berkemungkinan akan menyemarakkan minat mereka terhadap bisnes anda.

• Google lebih sukakan video.

• Menghasil dan menyebarkan video di Internet adalah murah dan mudah.

• Membolehkan orang ramai melakukan promosi untuk anda. Semua laman web video atau laman sosial seperti YouTube, Facebook, MySpace menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video anda ke seluruh Internet.

• Jumlah persaingan yang kurang. Kebanyakan peniaga Internet masih lagi menggunakan artikel untuk pemasaran bisnes mereka, oleh itu persaingan dalam pemasaran video masih belum sengit. Peluang ini hendaklah anda manfaatkan demi kebaikan bisnes anda sendiri.

• Komuniti video online biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikel online. Bukan lagi merupakan satu perkara yang asing apabila anda menempatkan video di YouTube dan mendapat jumlah tontonan 1000 ke atas hanya dalam beberapa minggu sahaja.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register