BTC USD 86,592.4 Gold USD 4,152.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kediaman dibakar selepas dirompak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SKUDAI – Sekumpulan penjenayah bertindak kejam dengan membakar kediaman bagi tujuan menghapus bukti selepas berjaya membawa lari wang tunai dan barang berharga milik mangsa dalam kejadian rompakan di Taman Sri Putri, di sini.

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, wang tunai milik mangsa berjumlah RM40,000 yang disimpan di bilik tidur dan barangan kemas turut lesap apabila turut dilarikan penjenayah

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, ketika kejadian mangsa dan isterinya tiada di rumah sebelum penjenayah memecah masuk kediaman terbabit.

“Penjenayah bertindak membakar kediaman mangsa membabitkan bilik di bahagian atas dan bawah rumah terbabit.

"Kita Percaya ia adalah salah satu taktik suspek untuk menghapuskan bukti.

“Hasil siasatan polis juga mendapati sebelum kejadian, jiran mangsa ternampak sebuah kereta mewah bernombor pendaftaran asing berhenti di hadapan kediaman berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Eng Lai berkata, polis percaya suspek sengaja membakar kediaman mangsa untuk menutup perbuatan mereka seolah-olah kediaman mangsa terlibat dalam kebakaran.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau bahan letupan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk rumah.

Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes itu supaya menghubungi hotline polis Johor di 07-2212 999 atau melawat balai polis berhampiran.
 
biasanya kalau camni, tuan rumah yg rompak sendiri.
 
xtulis plak uma Cina ke Melayu...
klu Melayu mmg naya la...btubi2 malang..
Klu cina,ni kes nk claim insurans ni,org dia sendri wat..da biasa prangai Cina,member aku rmi IO..
 
Back
Top
Log in Register