BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai jual vape meletup

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
03hmvape2.transformed.jpg

AMIR melihat bahagian dalam kedai yang terbakar, kelmarin.

Manjung: Seorang pemilik kedai menjual vape kerugian lebih RM3,000 selepas premis kedai menjual peralatan terbabit terbakar akibat letupan dua tin isian semula gas di Pusat Perniagaan Seri Manjung, semalam.

Dalam kejadian jam 8.55 pagi itu, kedai terbabit terbakar selepas dua tin isian semula meletup dipercayai terkena percikan api dari penyambung suis elektrik.

Pemilik kedai Amir Fazreen Shamsul Bahari, 28, berkata, ketika kejadian tiada sesiapa di kedai dan hanya bahagian meja kaunter terbakar.

“Saya mengetahui kejadian itu daripada jiran sebelah kedai yang menghubungi saya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Saya bersyukur kedai tidak musnah dalam kebakaran dan hanya meja kaunter saja rosak teruk,” katanya.

Jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 37, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam kedai sebelum terdengar letupan kuat dan letupan kali kedua lebih kuat disertai gegaran kecil seketika.

“Saya berada dalam kedai ketika itu mula risau sebelum keluar dari kedai memeriksa keadaan sekeliling dan mendapati kepulan asap hitam di pintu premis terbabit,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Manjung Ismail Othman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.15 pagi sebelum dua jentera bersama 15 anggota dan pegawai dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian anggota mendapati kepulan asap keluar dari premis dan kebakaran membabitkan perkakas di dalam premis saja,” katanya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82054#sthash.lwQQmguu.dpuf
 
vape boleh dijadikan bahan letupan rupanya. sesuai untuk golongan pengebom berani mati.
 
vape boleh dijadikan bahan letupan rupanya. sesuai untuk golongan pengebom berani mati.

Berita Harian.

Vape adalah alat yang merbahaya bukan sahaja dari segi kandungannya malah peralatan eletroniknya juga merbahaya dan boleh mengakibatkan kecelakaan.

Kerajaan dengan setegas tegasnya mengharamkan penggunaan vape sehingga 1 badan berlesen dilantik untuk memantau segala aspek keselamatan produk vape ini.

Namun begitu Kerajaan amat prihatin akan kehendak rakyat, Untuk merelasasikan usaha ini, kerajaan terpaksa melesenkan produk vape serta mengenekan cukai duty import serta cukai jualan untuk mengawal kemasukkan vape2 tiruan yang tidak berkualiti.

Segala permohonan lesen dan caj cukai adalah untuk kebaikan rakyat.
 
bahaya gak vape ni

yg meletop tu tangki refil gas, vape xpakai gas...gas yg dimaksudkan adalah gas utk burn dawai atau coil vape tersebut utk pembakaran lebih sempurna apabila vape digunakan...

ini contoh bende yg meletop tu...bende ni mmg pakai gas

microjet-lighter-lit.jpg
 
Naseb ko la vape.

Ni musim ko. Baru ni musim myvi...
 
yg meletop tu tangki refil gas, vape xpakai gas...gas yg dimaksudkan adalah gas utk burn dawai atau coil vape tersebut utk pembakaran lebih sempurna apabila vape digunakan...

ini contoh bende yg meletop tu...bende ni mmg pakai gas

microjet-lighter-lit.jpg

tak faham. sy tak guna vape dan tak merokok. apa fungsi alat tu..bukan alat vape guna battery ke?
 
tak faham. sy tak guna vape dan tak merokok. apa fungsi alat tu..bukan alat vape guna battery ke?

antaranya nak cepat cuci coil/wick utk dripper/tester, nak oxidize mesh(ada lg ke pakai mesh).
 
fuh, memang dangerous..
nasib baik takda kemalangan jiwa..
 
Back
Top
Log in Register