BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai dobi layan diri meletup di Jinjang

Ada leaking kat paip tong gas la ni..

Adehhh..dah la bawah opis aku ni dobi.
Jgn la meletup gak...

kalau dah takdir bang, tak boleh elak. yang penting setiap perlakuan kita sentiasa mulakan dgn doa, mintak dielakkan segala musibah.
 
kalau dah takdir bang, tak boleh elak. yang penting setiap perlakuan kita sentiasa mulakan dgn doa, mintak dielakkan segala musibah.

Benar..benar.
Terima kasih tuan atas ingatan
 
2 cedera dalam letupan di kedai dobi di Klang


KLANG: Dua pelanggan sebuah dobi layan diri 24 jam melecur selepas berlaku letupan di premis berkenaan di Jalan 3E, Bandar Putera 2 di sini, pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 8.55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Selepas memeriksa premis, kami mendapati letupan berlaku di bahagian simpanan tangki gas di dalam lubang seluas 3 meter persegi,” katanya. ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kedai itu mengalami kerosakan kira-kira 20 peratus dan punca kejadian masih disiasat manakala mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan.

Sementara itu, jurucakap City Coin Laundry Sdn Bhd, Kelvin Ang berkata, francais di Bandar Putera, Klang sudah dipajak kepada pemilik lain namun masih mengikuti perkembangannya.

“Pemilik francais itu menghubungi saya pagi ini untuk memaklumkan mengenai kejadian terbabit. Dua kakitangan dihantar ke kedai itu untuk memeriksa, namun ia ditutup pihak bomba,” katanya.

Beliau juga mengesahkan dua pelanggan, seorang lelaki dan anak perempuannya, masing-masing mengalami kecederaan 50 dan 30 peratus, serta sudah dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Kakitangan kami juga sudah melawat mangsa di hospital dan kedua-duanya dikatakan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Ini bukan kejadian letupan pertama membabitkan premis Laundrybar, yang mana kejadian sebelum ini dilaporkan berlaku di Jinjang, Kuala Lumpur, pada April lalu menyebabkan seorang wanita berusia 40 tahun mengalami kecederaan.

Kelvin berkata, dalam kes pertama di Jinjang, pihaknya dapat mengenalpasti punca letupan disebabkan kebocoran gas selepas kerja penyelenggaraan, namun dalam kes kali ini, puncanya belum diketahui dan dalam siasatan bomba.

“Sebagai pelopor dalam perniagaan dobi, kami sentiasa mengamalkan langkah keselamatan yang ketat di premis kami untuk memastikan keselamatan pelanggan sepanjang masa, namun sangat malang apabila insiden seperti ini menyebabkan dua orang cedera.

“Rakaman CCTV di premis terbabit juga sudah diambil dan satu salinan diberikan kepada pihak bomba untuk membantu siasatan,” kata Kelvin.







sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/481945/2-cedera-dalam-letupan-di-kedai-dobi#cxrecs_s





.
 
Modal untuk pakai jenama camni besanya modal tak banyak pun.setau aku ko hanya bayar bil utiliti je dan manage kedai tu.untung yang ko dapat hanya berapa % jelah.

brapa modal utk bukak laundrybar ni bro?
 
lps ni mgkn akan ado laie mcm2 kes dobi, musim2 dobi akan naik mcm2 kes dobi. Tapi den tengok ado 2 dobi bosar habis tutup kek kompleks/aptmnt MAIS sksyn 3 shah alam. Pnyewa2 kedai situ bgtau student2 unisel yg sewa aptmt habih dh pindah kluar. Dobi habih bungkusssss$$$$$$
 
Last edited:
moral: bila mendobi, letak baju dalam mesin, jalan, pastu terus keluar cepat2 dari kedai dobi. risiko tinggi duk situ. aku selalu prektis ini. aku slalu lepak kat mamak sambil mendobi.

yang aku perhatikan, ramai org melepak sambil tunggu mendobi kerana ada internet free, kipas laju, ada lagu2 lagi, selesa.

tapi risiko la.
 
Klang : Dua beranak cedera mesin pengering baju meletup di sebuah kedai dobi layan diri di johan setia, klang semalam. mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Tengku Ampuan Rahimah, (HTAR) Klang utk menerima rawatan.
43220512_2285611681676015_5043839520307412992_n.jpg

43114706_2285611715009345_121344555667685376_n.jpg

43150076_2285611741676009_4459781993059581952_n.jpg

43097395_2285611775009339_814279409379835904_n.jpg

43207519_2285611831676000_5623882910990860288_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register