BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Kedah antara kelab terbaik..??

azimlife

Super Active Member
Messages
9,622
Joined
May 31, 2007
Messages
9,622
Reaction score
152
Points
73
Kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super dan persembahan cemerlang dalam Piala AFC membolehkan pasukan bola sepak Kedah berada di kedudukan 145 kelab dunia dalam rangking Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS).

Lebih membanggakan kedudukan Kedah itu lebih baik berbanding kedudukan kelab bola sepak Eropah yang yang ternama seperti Aston Villa (156), Ajax Amsterdam (169), Manchester City (217) dan AS Monaco (282).

Rangking yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu menunjukkan kedudukan kelab bola sepak seluruh dunia dan pungutan mata berdasarkan pencapaian kelab di kejohanan utama termasuk liga domestik.

Bulan lalu, Kedah berada di kedudukan 266 dan melonjak 121 anak tangga dengan mengumpul 95 mata berkongsi mata dan kedudukan dengan sebuah lagi kelab ternama di Eropah, Feyenoord.

Dalam pada itu, Perak, turut melonjak 214 anak tangga menduduki tangga ke-264 daripada kedudukan 478 pada bulan lalu.

Sementara itu dua pasukan kelab serantau dari Singapura, Angkatan Tentera Singapura berada di tangga ke-81 manakala Home United FC menghuni tempat ke- 98.

Pasukan Liga Perdana England, Manchester United mengungguli rangking berkenaan di tangga teratas, diikuti Chelsea di tempat kedua dan Barcelona di tangga ketiga.

Kedudukan rangking kelab dunia itu boleh dilayari di lama web www.iffhs.de.
 
bagusla tu..cayok Kedah, pulun sampai juara AFC cup...

Perak pon apa kurangnya, Kejor yob:)
 
Selangor bila nak masuk ranking ni..??
apa citer ni dollah...??
 
How the Club World Ranking is made


Changes to the methodology used to determine the Club World Ranking

The Executive Committee of IFFHS meeting on 6th January 2007 in Salzburg (Austria) decided to make the following changes to the methodology used to determine the Club World Ranking, with effect from January 1st, 2007.

UEFA: Champions League:
14 - 7 - 0 points for win - draw - defeat
UEFA Cup: 12 - 6 - 0 points for win - draw - defeat
Copa Libertadores: 14 - 7 - 0 points for win - draw - defeat
Copa Sudamericana: 12 - 6 - 0 points for win - draw - defeat
CAF: Champions League: 9 - 4.5 - 0 points for win - draw - defeat
CAF Cup: 7 - 3.5 - 0 points for win - draw - defeat
AFC: Champions League: 9 - 4.5 - 0 points for win - draw - defeat
AFC Cup: 7 - 3.5 - 0 points for win - draw - defeat
CONCACAF Cup (1/4-, 1/2- and 1/1-finals): 9 - 4.5 - 0 points for win - draw - defeat
FIFA Club World Cup: 14 - 7 - 0 (finals: 21 - 10,5 - 0) points for win - draw - defeat

Reason:
The widening difference in standard and performance between the two club competitions within each continent, as well as the increasing number of matches played in the less important competition of each continent.
 
uik.. sbelum masuk thread ni aku tengok tajuk dia 'kaedah trade terbaik'.. bila dah masuk jadi 'kedah antara kelab terbaik' plak.. isk isk.. pandai btul mata aku bergurau..
 
Back
Top
Log in Register