Anas Asarani
Fun Poster
- Messages
- 939
- Joined
- Aug 9, 2009
- Messages
- 939
- Reaction score
- 1
- Points
- 15
Kecewa sikap Ajai
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
2010/04/16
sebelum - selepas

Tasha bagaikan putih mata apabila album sulung yang sudah siap lapan lagu sekadar berkubur
SEKIAN lama menanti, hasrat Tasha atau nama penuhnya, Natasha Nordin, 28, untuk memiliki album solo terpendam begitu saja. Entah di mana silapnya, album yang sudah lapan lagu siap dirakamkan Bintang Prelude Akademi Fantasia musim keempat itu tiada berkesudahan.
Sebelum ini memang acap kali, Tasha memukul canang mengenai kewujudan album yang mendapat sentuhan komposer Ajai itu. Malahan, di peringkat permulaan, perancangan menjadikan lagu Akhirnya Cinta sebagai single pertama juga menampakkan kesungguhan syarikat naungannya Wake The Baby (WTB).
Tetapi apakan daya, semua yang dirancang tidak menjadi. Harapan yang sebelum ini begitu tinggi menggunung terus tinggal menjadi butir pasir yang tak bermakna. Malah akui Tasha dia kini bukan lagi artis naungan WTB. Katanya lagi, kalau mahu dikenang kembali perkara itu, tak jadi kerja jawabnya.
“Susah sebenarnya Tasha nak cakap. Cuba bayangkan apabila orang memberi kita harapan tetapi ia berakhir bagaikan sebuah mimpi ngeri. Tipulah kalau Tasha cakap tak kecewa dengan Ajai. Hinggakan Tasha sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebelum ini apabila ditanya mengenai album.
“Bila ditanya kepada Ajai, dia cakap nanti dulu. Pelbagai alasan yang diberikannya. Akhirnya Tasha tak letakkan lagi harapan kepadanya. Sampai bila Tasha harus menunggu seperti menunggu buah yang tidak gugur. Tasha pun bukan makin muda,” katanya yang meninggalkan WTB secara baik.
Menurut bekas kekasih hati Aqasha ini, mahu atau tidak, dia enggan terus mengeluh tanpa berbuat apa-apa. Hidup harus diteruskan. Akui Tasha, dia masih memenuhi undangan membuat persembahan nyanyian secara tertutup. Malah, peluang untuknya bergelar pelakon juga masih ada.
Ketika dihubungi Tasha selesai menjalani penggambaran dua buah telefilem arahan Din CJ iaitu Selamat Tinggal Alexandria dan Wira Padang Pasir. Malah kerana dua telefilem itu juga, Tasha buat pertama kali dibawa terbang ke Mesir pertengahan Januari lalu bagi memulakan penggambaran.
“Selama 21 hari Tasha berada di sana. Selain dua telefilem ini, Tasha turut terbabit dalam program dokumentari belajar bahasa Arab yang diberi judul Arab 101. Dokumentari ini dihoskan Papa Rock, Ramli Sarip dan saya bertindak sebagai pembantu pengacara di samping dua pelakon kanak-kanak,” kata Tasha sambil memberitahu dua telefilem ini akan disiarkan di Astro Prima manakala Arab 101 akan disiarkan di Astro Oasis.
Ditanya lanjut pengalaman berada di Mesir, Tasha memberitahu kesejukan cuaca di sana tidak sesekali mengganggu moodnya untuk berlakon. Malahan kerana sibuk berlakon, dia tidak sempat membeli belah sangat. Menariknya juga, gara-gara wajahnya yang disangka persis pelakon Bollywood, dia dilayan dengan istimewa.
“Tak dinafikan orang Arab di sana memang gilakan pelakon Hindustan. Lucu juga dekat bahagian wajah Tasha manalah yang dianggap macam pelakon Bollywood. Tak kisahlah. Seronoknya ada juga orang Arab yang baik hati kerana sudi memberikan hadiah but kepada Tasha.
“Keadaan berdebu di padang pasir itu perkara biasalah di sana. Cuma satu saja pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila berlaku satu adegan membaling botol di kalangan orang Arab. Botol itu hampir terkena badan Tasha ketika keluar kereta. Tasha pun tak faham mereka berlawak atau serius bergaduh,” kata Tasha yang tak banyak berbelanja sangat tapi adalah sedikit barang yang dibeli buat kenang-kenangan untuk keluarga seperti tasbih dan jubah untuk keluarga.
Belum bertemu pengganti
MENYELAK kisah peribadinya, Tasha mengakui belum bertemu pengganti selepas kisah cintanya dengan pelakon dan penyanyi, Aqasha berakhir beberapa tahun lalu. Bukan tiada yang mahu merapati dirinya menawarkan cinta, tapi semuanya berakhir dengan kekecewaan.
Kata Tasha, dalam peringkat sekarang, dia lebih selesa mengutamakan kerjaya seninya daripada menghabiskan masa bercinta. Masih mencari tapak yang kukuh untuk melebarkan label namanya, Tasha sanggup membuat persembahan secara percuma atau dibayar murah sebagai peluang mendedahkan dirinya kepada khalayak.
“Biarpun sibuk berlakon, minat Tasha dalam bidang nyanyian tak pernah terhakis. Tasha tak kisah memenuhi undangan amal tanpa dibayar sekalipun. Contohnya, Tasha ada membuat persembahan untuk sebuah badan politik bersama anak yatim.
“Tasha pun belum ada nama. Tasha pun bersyukur sebab ada kawan-kawan yang baik mencadangkan nama Tasha untuk dipanggil membuat persembahan korporat atau makan malam untuk syarikat. Tak kisahlah persembahan tertutup atau amal sekalipun kerana ia menjadi pendedahan awal yang baik untuk Tasha,” kata anak kepada Nordin Hassan yang pernah menganggotai kumpulan Les Arjuna dan Unlimited Desire ini.
Profil: Natasha
# NAMA: Natasha Nordin
# TARIKH LAHIR: 8 Jun 1982
# UMUR: 28 tahun
# ASAL: Seremban, Negeri Sembilan
# HOBI: Menyanyi, menari dan memasak
# KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
# DRAMA: Astana Idaman, Simbiosis, Janji Kekasih, Gerak Khas, Hancur, Inikah Cinta
# IKLAN: KFC dan Nokia.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KecewasikapAjai/Article/