BTC USD 82,693.7 Gold USD 4,122.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

*Kebesaran Solat 2 Rakaat*

azlann1981

Super Active Member
Messages
5,538
Joined
Apr 13, 2006
Messages
5,538
Reaction score
254
Points
91
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,sayap itu antara
timurdan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepadamAllah swt. dan tiap-tiap ra! kaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai
umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat
dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta
serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.


Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.


Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak per! jalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia
sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meski pun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.Ttelah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
 
bulan2 puasa ni perlu diperbanyakan amalan dan solat sunat.. :-D
 
A'kum semua,

Mudah2an sempena bulan baik ni saudara2 seagama perlulah mahasabah diri, banyak melakukan activiti keagamaan skek. InsyaAllah akan mendapat keberkatan dan limpah kurniaNya yang berpanjangan. Amiin
 
asalamualaikum,

bagilah salam betul betul ni apa a kum tu.
 
Subhanallah!!!

Terharu dengan kelebihan yg Allah berikan pada kita...manusia yg serba lemah nie.
Banyak kelebihan yg Allah beri pada manusia untuk bantu kita masuk ke syurga dia...marilah kita pulak bantu diri sendiri untuk lebih mendekatkan diri pada Allah dan seterusnya menuju syurga Allah ...insyaAllah :)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Allah telah menjanjikan syurga kepada hamba2nya, dan kita masih juga lalai, betapa kita tidak bersyukur dengan pemberian Yang Maha Esa
 
Back
Top
Log in Register