BTC USD 86,592.4 Gold USD 4,156.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keberkesanan Serta Impak Projek MRT

antudegil

Active Member
Messages
1,790
Joined
Feb 25, 2006
Messages
1,790
Reaction score
103
Points
33
nah! bertumbuk lak hal ni. hehehehe! saje je boring2...

Bila kerajaan umumkan berkenaan projek aliran transit massa (MRT), pada aku bagi seorang individu yang loser serta berfikiran kampung merasakan benda ni memang patut disokong walaupun menelan duit rakyat yang sangat melampau dalam kos pembinaan – RM36.6 bilion. Itu pun mengikut perkiraan akan ada peningkatan sebabnya kos itu dikira pada tahun 2009. At least duit rakyat digunakan untuk kemudahan rakyat walaupun tak nampak akan bagi banyak benefit dekat golongan marhean macam kita ni sebab harga tiket tetap akan jadi mahal.

Mahal sekalipun tetap berguna dan memberi faedah untuk jangka masa panjang – ini memang aku akui – tak ada la macam projek Menara Warisan PNB 100 Tingkat yang aku rasa entah mana kebaikan pada rakyat Malaysia sedangkan banyak lagi lot dalam bangunan yang dekat KL tu tak bertuan secara menyewa atau dibeli lagi. Entah apa yang cuba dibuktikan dengan projek ni pun aku tak tahu. Yang pasti bukti yang dapat dilihat, KLCC akan hilang dalam pemandangan sebab di halang oleh menara ni bila dah siap nanti.

menara-warisan-merdeka.jpg

Secara dasarnya memang akan ramai kroni-kroni yang dah kaya akan jadi bertambah kaya dengan hasil tender daripada projek MRT lebih-lebih lagi daripada bani sepet atau pun pak tua bila projek akan dimulakan pada bulan Julai nanti. Tak ketinggalan pada bapak kawan aku serta kawan aku. Memang kaya nanti anak beranak ni sebab bekalkan dan membaiki lokomotif.

Projek yang di rancang akan mempunyai 3 rangkaian ni secara pratikalnya merupakan projek serampang dua mata bagi aku. Pertamanya untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan perkhidmatan awam, mengurangkan kesesakan di KL serta meningkatkan dan memajukan hartanah sepanjang laluan MRT. Model pembangunan contoh yang diambil kira adalah sistem MRT daripada Hong Kong yang terbaik di dunia seperti yang dilaporkan dalam Tv3. Gambaran kasar jaringan perhubungan MRT seperti gambar dibawah.

MRT-1.jpg

Kalau tengok daripada gambar dekat atas tu, warna hitam tu dah pasti la laluan untuk sekitar dalam KL saja. Fokus utama adalah laluan Sg Buloh ke Kajang dan Seri Kembangan. Pada aku, benda ni akan memajukan kawasan sekitar berhampiran seperti Rawang. Kalau tengok sekarang ni pun, Rawang dah macam haram sebab nilai hartanah macam tak boleh naik langsung. Sekurang-kurangnya bila dah buat benda ni, kawasan sekitar dapat dimajukan. Kajang lak memang patut diwujudkan sebab sekarang ni komuter dah tak mampu nak tampung kepadatan pengguna yang sedia ada dan aku teramat benci nak pergi KL kalau naik kereta.

Pada aku, benda yang membimbangkan bukanlah projek MRT ni tapi bila terlalu fokus pada projek ni, aku takut kesan keliling tidak di ambil perhatian. Maksud aku adalah kesinambungan sistem pengangkutan dalam bandar atau sepanjang laluan itu sendiri iaitu feeder bus.

Pada aku tak guna buat MRT ni walaupun beri big impact kepada rangkaian sistem kalau kesinambungan tidak di titik berat atau diambil kira. Jadinya, tetap perkara sama yang akan berlaku seperti sekarang ni. Bila projek ni dah berjalan, orang taknak naik kereta dah. Seboleh-bolehnya nak naik bas dari rumah terus sampai dekat nearest MRT station dekat rumah. What point buat MRT ni tapi terpaksa pandu kereta pergi stesen MRT. Dah tentu sesak dan juga masalah parking lot akan timbul. Some more kena keluarkan duit lagi untuk bayar parking. Apa kejadahnya ni?

Pendapat aku, kerajaan should aware about this dengan ambil kira berkenaan hal ni. Samada buat stesen MRT yang betul-betul strategik dan luar daripada kawasan sesak serta yang paling penting kemudahan feeder bus sentiasa ada serta convience untuk tempoh masa yang tertentu contohnya setiap 10-15 minit. Ini yang penting dan harus di ingat. Manusia tak suka berjalan jauh serta tak suka menunggu lama. Aim high! Ini bukan sekadar projek MRT sahaja tetapi sebagai turning point atau benchmark untuk perbetulkan sistem pengangkutan awam negara dan sememangnya dah tak betul sekarang ni. Tengok macam mana dengan projek baru-baru ni Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Kawasan yang dipilih bagi aku macam tak strategik sebab kawasan tu memang dah cramp dengan traffic congestion walaupun terapat kemudahan LRT, komuter dan ERL.

Aku harap bila projek ni dah siap, akan keluar statement macam ni daripada warga Lembah Klang tentang MRT;

“Dol, kau pergi Sogo hari tu macam mana? Ok tak? Aku pergi naik kereta jalan jammed siol lepas tol Jalan Duta tu. Ada eksiden mat rempit mana yang bunguk dah meleper dekat corner situ”

“Eh, yang kau naik kereta buat apa. b o d o h siol ko ni. Sekarang zaman naik MRT bai. Murah pun murah. Kau dah tak pikir nak bayar tol, minyak and duit parking. Say no more to drive a car la. Jimat wa cakap lu!”"
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register