BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebangkitan kedua rakyat Mesir

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_01.1.jpg

Calon pilihan raya presiden, Hamdeen Sabahi menyertai penunjuk perasaan mengadakan protes di Dataran Tahrir pada Sabtu lalu.

KAHERAH - Kumpulan prodemokrasi kembali mengadakan protes selepas mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presidennya, Hosni Mubarak atas tuduhan membunuh lebih 900 orang penunjuk perasaan.

Mereka juga berang kerana anaknya, Gamal dan Alaa didapati tidak bersalah atas tuduhan rasuah. Ekoran itu beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri Dataran Tahrir dan bandar-bandar lain.

Kebanyakan mereka mendakwa hukuman itu jelas menunjukkan bahawa saki-baki orang kuat Mubarak masih menguasai Mesir ketika pilihan raya presiden Mesir semakin hampir.

"Keputusan ini tidak adil dan ramai orang menolaknya. Dataran Tahrir sekali lagi akan dipenuhi oleh penunjuk perasaan. Di Mesir, satu-satunya cara untuk anda mendapat keadilan adalah menerusi protes kerana semua institusi masih dikawal oleh orang-orang Mubarak," kata seorang penunjuk perasaan, Amr Magdy.

Kekecewaan turut memuncak apabila calon pilihan penunjuk perasaan, Hamdeen Sabahi kalah dalam pusingan pertama pilihan raya bulan lalu.

Pilihan raya presiden menyaksikan bekas Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq menentang calon kumpulan Islam konservatif Persaudaraan Muslim, Mohamed Mursi.

"Saya dapat rasakan revolusi kembali," kata Osama Awad. Dia juga menegaskan Mubarak mesti dibicarakan semula kerana bukti utama telah disembunyikan dan rakyat perlu bersatu menentang Syafiq.

Dalam perkembangan lain, Sabahi, Mursi dan seorang lagi calon presiden, Abdel Moneim Abol Fotouh mengadakan satu perjumpaan tertutup pada malam Sabtu.

"Kami merancang untuk mengadakan perarakan pada Isnin, Rabu dan melibatkan sejuta penunjuk perasaan pada Jumaat," kata seorang aktivis yang menghadiri mesyuarat tersebut. - Reuters
 
apa kes la nie.....
 
rakyat bagkit la 3-4 kali pun. Negara tak bangkit2 jugak.
ketetapan ekonomi mesir sampai kene buat di eropah dan bukan org mesir sendiri. kenapa yer
 
rakyat bagkit la 3-4 kali pun. Negara tak bangkit2 jugak.
ketetapan ekonomi mesir sampai kene buat di eropah dan bukan org mesir sendiri. kenapa yer

Waktu Indonesia jatuhkan Suharto dulu, bukan semalaman nampak hasilnya.

Selepas beberapa kali tukar presiden, beberapa gelombang kecil demonstrasi silih berganti, baru ada nampak perubahan.

Tengok Indonesia sekarang... dah mula merecup....
 
Back
Top
Log in Register