BTC USD 77,978.6 Gold USD 4,368.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Kayu Ping Pong

bujang2 dulu main guna tackiness shriver (butterfly) ... ni nak main balik la.
bole suggest ape yang best utk topspin/backspin?
berapa rm?

ooo ... den pun penah guna setup mcm bro ... takiness tu control/chop memang sedap ... sriver tu mmg ramai pakai ...

sekarang byk dah getah yg power2 dr macam2 jenama ... boleh mabuk nak beli yg mana ... harga pun dah mahal sekarang ...

tapi kalau nak menten je setup tu, ok je ... keduanya getah yang bagus ...

den sekarang pakai DHS hurricane 3 neo forehand (rm60-rm70) & yasaka rakza 7 (rm140-rm160) di backhand ...

harga 2010, sriver tuh rm80 je ... takiness chop rm100 ... sekarang sriver pun rm100-rm120 ...
 
Last edited:
Susah jugak kalau takdek geng ... Memang susah nak cari peminat ping pong ... Saya pun kena pergi terjah kelab2 kalau nak main ... Di tempat kerja tu ada tapi saya sorang je bersungguh ...

nak terjah tu kena tgk tempat gak tuan. Kan salah terjah... cam kat meru ke... seksyen 24 shah alam ke... memang otai je situ... hahaha
 
nak terjah tu kena tgk tempat gak tuan. Kan salah terjah... cam kat meru ke... seksyen 24 shah alam ke... memang otai je situ... hahaha
zaman 2010-2012 den memang kaki terjah ... :)) buat muka tebal ... koboi betul ... pergi2 baru tahu den nih level abc je ... main kat tempat kerja, dah macam star ... kih3 ... dari situ lah belajar pelan2 sampai boleh membaca sikit ... hihi
 
ooo ... den pun penah guna setup mcm bro ... takiness tu control/chop memang sedap ... sriver tu mmg ramai pakai ...

sekarang byk dah getah yg power2 dr macam2 jenama ... boleh mabuk nak beli yg mana ... harga pun dah mahal sekarang ...

tapi kalau nak menten je setup tu, ok je ... keduanya getah yang bagus ...

den sekarang pakai DHS hurricane 3 neo forehand (rm60-rm70) & yasaka rakza 7 (rm140-rm160) di backhand ...

harga 2010, sriver tuh rm80 je ... takiness chop rm100 ... sekarang sriver pun rm100-rm120 ...

fuuhhh...dulu dapat hadiah sriver tu, tapi tak tau plak hargenye ..:D
 
Assalamualaikum semua. Kali ini saya buka kedai ping pong.

Jenama : Yinhe
Model : 01B dilengkapi getah Yinhe 9000
Kesesuaian : Untuk kanak-kanak & dewasa yang baru nak cuba berjinak-jinak tetapi tak mahu bayar lebih. Kalau sekolah ko-ko ping pong, belilah 1 untuk anak.

Umur Barang : Baru
Harga : RM45 COD / RM50 termasuk poslaju (Saya caj RM50 je poslaju)
Lokasi COD : Beranang, Semenyih, Mantin (Kalau beli 1 lah)
Cara Order : WhatsApp 0193607675

Untuk study, sila google search yinhe 01B dan yinhe 9000 ...



Kalau COD, saya boleh bagi tuan-tuan cuba bet yang saya dah guna.

Saya ada beberapa unit sebagai percubaan. Kalau sambutan OK, kedai akan terus beroperasi.

PING%2BPONG%2B1.jpg


PING%2BPONG%2B2.jpg


PING%2BPONG%2B3.jpg


Kalau rajin, sila baca penerangan ringkas daripada saya.

Kita mulakan dengan jenama dulu. Terbahagi kepada :

1. Jenama bukan China (Butterfly, Tibhar, Stiga, Donic, Yasaka, TSP & ada lagi).

2. Jenama China (DHS, Double Fish, Yinhe, 729 & ada lagi)

Selain senarai di atas, banyak lagi senarai sebenarnya seperti Haifu, Spinlord, Giant Dragon, Dawei, Tuttle, Joola)

Kebanyakan jenama ada mengeluarkan yang murah dan sehinggalah ribuan ringgit.

Keperluan bergantung kepada pemain. Kalau yang selalu main di kelab-kelab, selalunya mereka akan guna bet yang kayu asing & getah asing yang sudah pasti lebih mahal berbanding yang dah siap getah kerana sekeping getah pun boleh cecah sehingga ratusan ringgit ternasuk jenama China.

Ok. Apa sebenarnya beza jenama bukan China & jenama China? Yang pertama sekali pastilah harganya.

Pernah dengar yang mahal tak semestinya bagus? Kata-kata ini boleh digunakan untuk bet yang dah siap getah sahaja. Untuk jenama bukan China, sebenarnya kurang berbaloi jika beli bet yang dah siap getah. Selain harganya yang agak mahal, keupayaan getah adalah terhad iaitu susah untuk buat pukulan topspin / loop.

Jadi, saya cadangkan kalau nak beli bet yang siap getah, lebih baik beli jenama China. Selain harganya yang murah, ianya lebih mudah untuk spin kerana permukaan getah yang agak melekit. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera.

Secara perbandingan pula, jenama bukan China RM50 & jenama China RM50, lebih baik jenama bukan China.

Pun begitu, jenama bukan China mengeluarkan produk yang sangat bagus untuk kayu asing dan getah asing.

Sebelum saya berjinak-jinak dengan kayu asing & getah asing, saya juga pernah cuba beberapa bet siap getah baik jenama bukan China mahupun jenama China. Kerana itu saya boleh menerangkan perbezaan bet siap getah jenama bukan China & jenama China.

Penerangan saya di atas adalah daripada pengalaman saya sendiri.

Sekadar berkongsi, berikut adalah kayu ping pong yang saya masih guna & tahun beli . Kayu sahaja ye. Tak masuk getah. Sebelum 2010, saya sendiri guna bet siap getah. Hehe.

1. Butterfly Innerforce Layer 2016
2. Yasaka Ma Lin Carbon 2012
3. Yasaka Ma Lin Extra Off 2014
4. Nittaku Wang Li Qin 2012
5. DHS Power G 7 2016
6. Butterfly Primorac 2010
7. Stiga Tube Light 2012

Kalau nak tahu harga, tuan-tuan google sahaja.

bump .... biarlah berbaloi dengan apa yg kita bayar ... jgn byr rm50, nak loop bola pun tak lepas ...
 
Back
Top
Log in Register