BTC USD 86,008.4 Gold USD 4,152.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kawasan panasszzz

linda the Octoberist

Fun Poster
Messages
719
Joined
Apr 17, 2008
Messages
719
Reaction score
15
Points
15
ne_08.1.jpg


BUKIT MERTAJAM - Permatang Pauh kini dilabel sebagai 'kawasan panas' oleh polis berikutan beberapa kejadian keganasan oleh penyokong parti yang bertanding bagi pilihan raya kecil parlimen itu.

Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, polis terpaksa melipatgandakan rondaan di sekitar Permatang Pauh berikutan beberapa insiden keganasan dan tindakan agresif penyokong parti sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu.

"Kalau kita lihat sejak 16 Ogos lalu hingga sekarang (semalam), sudah banyak berlalu kejadian keganasan dan tindakan agresif para penyokong parti.

"Kejadian itu terang-terangan memberi mesej kepada kita bahawa ia mungkin berlaku lagi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,'' katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda semalam.

Menurutnya, polis menjangkakan berlaku kemasukan orang luar antara 25,000 hingga 30,000 orang lagi menjelang tarikh pembuangan undi 26 Ogos ini.

Melihatkan kepada risiko itu, polis mempertimbangkan untuk menambah kekuatan pegawai dan anggota daripada 3,000 orang sekarang kepada 6,000 orang lagi.

Beliau juga meminta orang ramai memberi kerjasama kepada polis dalam melaksanakan tugas termasuk menyalurkan segera maklumat mengenai apa-apa kesalahan berhubung pilihan raya atau perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam.
 
polis tu kuda UMNO daa....

tak baik bro kata mcm tu...
kalau polis tu skong PR dia pun kuda jg...
dia org ikut arahan org atas..
 
ATM dan Polis adalah pengawal keselamatan negara. mestilah ikut BOS.
sape merintah itulah BOS.
 
tak baik bro kata mcm tu...
kalau polis tu skong PR dia pun kuda jg...
dia org ikut arahan org atas..

BN = pemerintah.
pemerintah bagi arahan kat bos polis, bos polis bagi arahan kat polis, so polis melaksanakan arahan tersebut.

Datuk bandar = pemerintah.
pemerintah suruh bos syeriff tangkap orang baik, bos syeriff suruh syeriff tangkap orang baik tu. syeriff pun kejar orang baik tu, sebab melaksanakan arahan pemerintah.

Agak2 bole ke kronologi aku nih?:-? :D
 
Last edited:
ATM dan Polis adalah pengawal keselamatan negara. mestilah ikut BOS.
sape merintah itulah BOS.
ye betul. walaupun yg disuruh itu tidak adil dan menyebelahi sebelah pihak. Nak buat mcmana? arahan bos. bos plak tak dpt bezakan antara kerja parti dan kerja sebenar.
 
Back
Top
Log in Register