linda the Octoberist
Fun Poster
- Messages
- 719
- Joined
- Apr 17, 2008
- Messages
- 719
- Reaction score
- 15
- Points
- 15
BUKIT MERTAJAM - Permatang Pauh kini dilabel sebagai 'kawasan panas' oleh polis berikutan beberapa kejadian keganasan oleh penyokong parti yang bertanding bagi pilihan raya kecil parlimen itu.
Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, polis terpaksa melipatgandakan rondaan di sekitar Permatang Pauh berikutan beberapa insiden keganasan dan tindakan agresif penyokong parti sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu.
"Kalau kita lihat sejak 16 Ogos lalu hingga sekarang (semalam), sudah banyak berlalu kejadian keganasan dan tindakan agresif para penyokong parti.
"Kejadian itu terang-terangan memberi mesej kepada kita bahawa ia mungkin berlaku lagi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,'' katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda semalam.
Menurutnya, polis menjangkakan berlaku kemasukan orang luar antara 25,000 hingga 30,000 orang lagi menjelang tarikh pembuangan undi 26 Ogos ini.
Melihatkan kepada risiko itu, polis mempertimbangkan untuk menambah kekuatan pegawai dan anggota daripada 3,000 orang sekarang kepada 6,000 orang lagi.
Beliau juga meminta orang ramai memberi kerjasama kepada polis dalam melaksanakan tugas termasuk menyalurkan segera maklumat mengenai apa-apa kesalahan berhubung pilihan raya atau perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam.