BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kawalan keselamatan sekolah terlalu ketat boleh wujudkan 'budaya takut' dalam kalangan pelajar: Pakar

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Kawalan keselamatan sekolah terlalu ketat boleh wujudkan 'budaya takut' dalam kalangan pelajar: Pakar​

screenshot-2026-07-28-050206.jpg

(Gambar: iStock/Chinnapong)

SINGAPURA: Memperketatkan kawalan keselamatan di kampus menyusuli pendedahan komplot untuk menyerang sekolah mungkin memberi rasa selamat dan keyakinan dalam tempoh singkat, tetapi ia boleh tanpa sengaja menjadikan "budaya takut" sebagai sesuatu yang normal dalam kalangan pelajar, kata para pakar.

Walaupun keselamatan fizikal memainkan peranan, usaha mencegah pelajar daripada terjerumus ke dalam radikalisme adalah sama penting. Ini termasuk mewujudkan saluran komunikasi yang terbuka dengan orang dewasa yang dipercayai, supaya pelajar boleh mendapatkan kepastian apabila menemui kandungan berbahaya atau berdepan masalah.

IKLAN

Pada Isnin (27 Jul), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) memaklumkan bahawa tiga remaja yang terpengaruh dengan fahaman radikal secara online sudah ditahan, dengan dua daripada mereka merancang untuk melakukan serangan di sekolah.

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menulis manifesto setebal 21 muka surat yang memperincikan pelan serangan dan mengaku kepada pihak berkuasa bahawa dia akan melaksanakan tikaman tersebut. Dia ditangkap beberapa minggu sebelum tarikh serangan yang dirancang, dalam apa yang disifatkan oleh ISD sebagai satu ancaman yang "hampir berlaku".

Profesor Madya Razwana Begum dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) berkata: "Sekolah mesti kekal menjadi tempat di mana pelajar berasa selamat, tetapi juga tempat di mana mereka terus dipercayai. Kita perlu berhati-hati agar tidak secara tidak sengaja mewujudkan persekitaran yang menyerupai kemudahan kawalan ketat, melainkan penilaian ancaman benar-benar memerlukannya."

Beliau menambah bahawa selain kawalan fizikal, hubungan saling mempercayai antara pelajar dan orang dewasa, sokongan kaunseling yang mudah diakses, keupayaan menilai ancaman, serta budaya sekolah yang membolehkan kebimbangan disuarakan lebih awal adalah sama penting.

Cik Shahrany Hassan, pengasas pertubuhan bukan untuk keuntungan tempatan The Whitehatters, berkata walaupun sekolah memerlukan pelan keselamatan yang kukuh, beliau "sangat berwaspada terhadap tindakan mengubah sekolah menjadi kawasan yang dikawal terlalu ketat".

IKLAN

"Jika pelajar perlu melalui pengesan logam setiap pagi, itu sudah tentu mengubah pengalaman persekolahan mereka. Ia secara tidak langsung menyampaikan mesej bahawa sekolah adalah tempat yang sentiasa diancam bahaya," jelas beliau.

Profesor Madya Razwana turut mendapati bahawa walaupun langkah memperketat kawalan keselamatan fizikal dapat memberi keyakinan kepada sesetengah ibu bapa, ia tidak sepatutnya menjadi satu-satunya pertimbangan.

Cik Shahrany menambah bahawa warga sekolah berada dalam kedudukan terbaik untuk menyedari perubahan pada diri rakan mereka yang mula terpengaruh. Selalunya, pelajar akan menyedari perubahan rakan sebaya lebih awal daripada orang dewasa.
Dalam kes remaja 14 tahun tersebut, seorang individu di sekolahnya menyedari tanda-tanda radikalisasi lalu memberi amaran kepada pihak berkuasa.

Menteri Kanan K Shanmugam pada Isnin (27 Jul) berkata bahawa "kita tidak boleh mengubah setiap sekolah menjadi kubu" dan perlu ada keseimbangan antara keselamatan dan kebebasan bergerak.


IKLAN
ADAKAH SISTEM SEDIA ADA BERFUNGSI?

Para pakar mengatakan bahawa walaupun pendekatan Singapura dalam mencegah dan mengesan radikalisme setakat ini berkesan, cabarannya semakin berkembang dari segi kepantasan serta kerumitan.

"Hakikatnya, remaja ini berjaya dikenal pasti sebelum mereka sempat melaksanakan pelan mereka menunjukkan bahawa sistem keselamatan dan masyarakat kita berfungsi," kata Profesor Madya Razwana.

Beliau menambah bahawa belia hari ini terdedah kepada kandungan janaan kecerdasan buatan (AI), persekitaran permainan video yang imersif, platform yang dilindungi kod keselamatan khas, dan algoritma media sosial yang semakin canggih.

Profesor Rohan Gunaratna dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) berkata proses radikalisasi kini menjadi semakin singkat - ia boleh berlaku dalam tempoh beberapa bulan atau minggu sahaja. Oleh itu, ibu bapa, rakan sebaya, dan guru perlu sentiasa peka dan melaporkan sebarang perkara mencurigakan dengan segera.


IKLAN
LEBIH DARIPADA SEKADAR UNDANG-UNDANG

Para pakar turut menegaskan bahawa undang-undang dan peraturan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah ini.

Profesor Madya Razwana menjelaskan bahawa radikalisme sering kali berpunca daripada gabungan rasa terdedah (vulnerability), pencarian identiti, rasa tidak puas hati, dan keinginan untuk memiliki rasa kekitaan.

Wadah online hanya mempercepatkan proses ini.

Cik Shahrany menekankan perlunya untuk mewujudkan ruang di mana golongan muda boleh menanyakan soalan yang sensitif tanpa terus dihakimi atau dilarang. Remaja berusia 14 tahun yang merancang serangan di sekolah itu didorong oleh rasa tidak puas hati secara peribadi kerana dibuli oleh rakan sekolah dan mengalami tekanan daripada guru.

Beliau menambah, jika seorang remaja menemui teori konspirasi atau video pelampau, reaksi pertama ibu bapa tidak sepatutnya berasaskan rasa takut kepada hukuman, sebaliknya perlu diiringi dengan pendekatan "mari kita berbincang mengenainya".

LARANGAN MEDIA SOSIAL BUKAN HURAIAN MUTLAK

Para pakar memberitahu Mediacorp bahawa tindakan melarang penggunaan media sosial bukanlah penyelesaian utama untuk mencegah belia daripada terdedah kepada kandungan berbahaya.

Remaja 14 tahun yang terpengaruh itu dilaporkan menonton secara kerap kandungan keganasan melampau yang disyorkan oleh algoritma media sosial serta saluran yang berkaitan dengan True Crime Community.

Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) sedang mengkaji cara-cara terbaik untuk melindungi golongan muda online, termasuk sama ada larangan media sosial merupakan pendekatan terbaik.

Sekalipun demikian, Profesor Madya Razwana dan Cik Shahrany bersetuju bahawa larangan secara menyeluruh bukan jawapan jangka panjang. Sekiranya satu platform disekat, masyarakat pelampau biasanya akan berpindah ke platform lain, seperti forum, kumpulan sembang atau permainan online.

Cik Shahrany berkata pada akhirnya belia perlu dibekalkan dengan keupayaan untuk menilai kandungan secara kendiri.

"Kita mengajar kanak-kanak cara melintas jalan dengan selamat kerana kita tahu kita tidak boleh menghapuskan setiap kereta. Begitu juga, kita perlu mengajar mereka cara melayari wadah online dengan selamat kerana kita tidak boleh memadamkan setiap kandungan yang berbahaya," katanya.

 
Back
Top
Log in Register