BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kau (Pak Lah) Pergi Jua

ApoKalypse

Active+ Member
Messages
3,332
Joined
Dec 2, 2007
Messages
3,332
Reaction score
40
Points
30
Mon | Sep 22, 08 | 10:06:07 am MYT

malam-malam terakhir
di bilik kelam sebuah istana
mimpi pun menjadi igauan buruk
bersama suara-suara gamat memekak
di luar pagar yang kenyang

berbalam musim-musim indah
dari ikon suami mithali
ke duda tua paling diberahi
meriah sebagai pengantin baru
bertukar menjadi foto-foto lapuk
yang tersadai dalam album usang

gemilang hari-hari terlelap
dari mesyuarat ke majlis negara
adalah memori tidak cemerlang
buat marhaen yang dendam terluka
oleh pembohongan manifesto terbilang
dan seribu keputusan flip-flop perdana

pujukan rayu dari anak dan menantu
keluarga dan rakan terdekat
semakin tenggelam dan karam
digilis cemuhan dan ketukan bertalu
mengetuk pintu kewarasan tersisa
tentang realiti semasa negara

berbuih di putrajaya kau berjanji
semuanya telah dimungkiri
yang tinggal hanya seluar dalam khairy
masih menjadi topeng kuasa
kerana tong taik ameno bila-bila masa
akan meletup oleh pengebom berani mati

dalam jaga dan terbang sana sini
masih kau belum temui
mutiara kata-kata shafie dan ghazali
yang tercicir hanyalah fail-fail korupsi
disorok berdikit menjadi bukit
bahan lucah ke mahkamah umum

ke mana kan kau bawa diri
sebagai statesman atau estate-man
mengharung wajah-wajah membenci
biar kau pergi jua, pergilah ke zimbabwee
tiada siapa tangisi, kecuali kroni
biar hidupmu di sana di panggil Tun Hadhari!

Fudzail, http://1426.blogspot.com
Palm Jebel Ali

21 september 2008 - mr _

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17084&Itemid=1
 
Salah Thread nih...

sleep.gif
 
ekekkeke

cam pahit jerk nak terima puak2 nie..:))
 
Ini Sajak Melankolik..

elok dicampak dalam thread PERCINTAAN..

harap MOD wujudkan Thread ini segera

kordi oh kordi kediak... sajak ni khas utk org politik... bukan sajak utk org bercinta.. apa la ko ni kordi kediak... #:-S
 
kordi oh kordi kediak... sajak ni khas utk org politik... bukan sajak utk org bercinta.. apa la ko ni kordi kediak... #:-S

biarlah si kordo..oopppss kordi...

dia kan tgh asik bercinta...mana la layan dunia reality nih...dok asik lagi dalam dunia khayalan dia tuh...

maafkanlah kordi ni kengkawan..
 
Back
Top
Log in Register