BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kasut terpakai pun jadilah'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Arif Iman (kanan) dan Anif Hairizal mencuba kasut terpakai pemberian jiran untuk kegunaan mereka pada sesi persekolahan tahun depan.
< 1 / 1 >
DUNGUN – Tiga beradik miskin, Mohd Arif Iman, 8, bersama dua abangnya, Mohd Anif Hairizal, 9 dan Mohd Aniq Zikri, 11, terpaksa memakai kasut sekolah terpakai pemberian jiran berikutan kemiskinan hidup yang menghimpit keluarga mereka.

Menurut Mohd Arif yang juga murid SK Padang Pulut, bapanya, Johari Ahmad, 29, yang berpendapatan rendah tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah untuk mereka bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

Justeru katanya, mereka terpaksa memakai kasut sekolah pemberian jiran tetangga.

"Kalau boleh, buka sekolah nanti memang nak pakai kasut baru, tapi ayah tak ada duit. Jadi, pakai kasut sudah dipakai orang sahajalah,” katanya.

Ibunya, Zaharah Ismail, 30, berkata, mereka sekeluarga sebelum ini terpaksa tinggal di dalam bangsal berdinding kanvas terbuang, tetapi dia bersyukur apabila Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu tampil membantu dengan mencari rumah sewa selepas kisahnya disiarkan Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, bantuan itu hanyalah sewa rumah sedangkan dia masih memerlukan bantuan lain kerana pendapatan suaminya sebagai atendan pam di stesen minyak, hanya cukup untuk menampung perbelanjaan dapur.

"Bagi meringankan beban suami, saya jual kuih di pasar Dungun dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari bagi menampung perbelanjaan sekolah anak-anak, tapi masih belum mencukupi.

"Setakat buat belanja sekolah tu bolehlah, tapi bila buka sekolah, banyak kelengkapan kena beli. Harga pakaian sekolah sekarang mahal. Saya pun buntu, tak tahu nak buat macam mana, kasihan tengok anak sebab kawannya semua beli baju baru,” katanya.

Menurut Zaharah, dia semakin buntu selepas difahamkan, pemilik rumah didudukinya sekarang ingin mengambil semula rumah tersebut.

Namun katanya, dia reda menerima ujian ALLAH SWT terutama dalam menerima tohmahan masyarakat setempat yang sering memandang serong kedaifan hidup mereka sekeluarga.

"Jika benar tuan rumah nak rumah ni semula, terpaksalah kami cari rumah lain walaupun pendapatan sekarang tidak menentu.

“Kalau boleh saya nak rumah sendiri, sekurang-kurangnya kami tak perlu lagi berpindah-randah. Kasihan anak-anak, tapi apa nak buat, saya tak mampu nak lakukan apa-apa, tak terdaya,” katanya sambil mengesat air mata ketika mengenangkan nasib dia enam beranak.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register