Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Kastam sukar bongkar kontena
KUALA LUMPUR: Peraturan yang ditetapkan Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) iaitu hanya 15 peratus saja kontena di pelabuhan dibenarkan melalui proses pemeriksaan pihak berkuasa menyebabkan aktiviti penyeludupan sukar diawasi.
Difahamkan, daripada 15 peratus yang diperiksa, hanya lima peratus saja melalui proses pemeriksaan dan dokumentasi rapi manakala 10 peratus lagi dipilih secara rawak untuk proses dokumentasi.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Matrang Suhaili, peraturan itu sekali gus menyukarkan kastam mengesan aktiviti penyeludupan melainkan maklumat diperoleh dengan kerjasama orang awam.
Beliau berkata, selain perkara itu, kaedah pemalsuan dokumen yang dilakukan sindiket dengan mendaftar barangan terbabit sebagai komponen kereta atau perabot turut menyukarkan pihaknya mengesan kegiatan itu.
“Apabila pemeriksaan dibuat ke atas kontena terbabit memang benar ia terdiri daripada barangan yang dinyatakan dalam dokumen, namun di sebalik barang itu mereka letak kereta seludup yang diikat secara bertindih di tengah-tengah barang lain,” katanya.
Katanya, sekiranya pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai kegiatan berkenaan, kaedah itu boleh menggagalkan alat pengesan yang digunakan kerana di sekeliling kereta dalam kontena itu dipenuhi barang yang disebutkan dalam dokumen.
“Antara modus operandi baru yang digunakan ahli sindiket ialah dengan memalsukan dokumen kereta mewah dari negara jiran iaitu Singapura berikutan tindakan kerajaan negara itu yang melupuskan kereta berusia 10 tahun,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kastamsukarbongkarkontena/Article/index_html