BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KasihnITa Perkasa Ibu Tunggal, Sasar 1,500 Peserta - Nancy

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
3ed3a9b6f038fc7e8bf6bd1c6be22cc16862326f63176

Datuk Seri Nancy Shukri

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan penyertaan 1,500 ibu tunggal dalam Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2025 yang akan dilaksanakan mulai Ogos ini.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata program berkenaan dirangka untuk memberikan pendedahan dan bimbingan kepada ibu tunggal dalam aspek perundangan, pengurusan kewangan serta pembangunan potensi diri.

Beliau berkata program yang mula diperkenalkan pada 2023 itu kini dijenamakan semula sebagai KasihnITa dan akan dilaksanakan di enam zon utama di seluruh negara.

"Tahun ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah meluluskan peruntukan RM1.6 juta bagi pelaksanaannya di enam zon seluruh negara. Fokus program bukan hanya kepada ibu tunggal yang bercerai tetapi turut melibatkan wanita yang ditinggalkan suami tanpa berita atau mempunyai pasangan yang sakit dan terlantar.

"Ramai dalam kalangan mereka ini menghadapi kesukaran menuntut nafkah daripada bekas suami malah ada yang tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan peguam dan bimbang mengenai kos guaman yang mahal," katanya kepada pemberita selepas pelancaran KasihnITa 2025 di sini hari ini.

KasihnITa 2025 berlangsung pada Ogos hingga Disember ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta pakar psikologi.

Sehubungan itu, beliau menegaskan menerusi KasihnITa, pihaknya akan melaksanakan intervensi proaktif dengan memberikan bantuan khusus kepada ibu tunggal dalam proses menuntut nafkah daripada bekas suami.

Bagi memudahkan penyertaan, Nancy menyarankan ibu tunggal yang memerlukan bantuan untuk menghubungi pihak kementerian secara terus atau mengakses maklumat melalui laman web rasmi kementerian.

Terdahulu, dalam ucapannya Nancy berkata menerusi KasihnITa, modul bantuan guaman akan ditambah baik dengan panel peguam akan membantu ibu tunggal berpendapatan rendah dalam menuntut hak di mahkamah.

 
Back
Top
Log in Register